Begitu Berharga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

Kalau sudah katanya suka sama suka 
Apa hendak ditunggu lagi
Kan sudah diberitahu ada neraka dan syurga
Kenapa masih dipilih lubuk gelap itu lagi



Cincin bertahta berlian dijadikan hantaran
Janji diikat tersimpul mati
Jagalah rukun Islam dan Iman
Sebagai pendinding selepas mati

Subur merimbun dengan dedaunan
Dijaga rapi oleh Cik Puan
Nabi dan Rasul sebagai ikutan
menyebarkan wahyu untuk pedoman

Pantai itu sering berubah
Hempasan ombak begitulah seringkali
Asal kita dari tanah
Kelak ke tanah kita kembali

Anyam bakul daripada rotan
Kemudian dicelup pelbagai warna
Tiada nikmat mampu didustakan
Lebih baik syukuri apa adanya


Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon