Alahai Siput Sangat

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

ALAHAI SIPUT SANGAT || "Ni kereta ke siput?"..dialog ini lazim kita dengar bila kita tunda kereta hadapan yang di pandu sangat perlahan..walhal tidak ada pun kenderaan lain dihadapan kenderaan tersebut..berhemah sangat..alhamdulillah..hehe.."aduh coverage dah mengalahkan siput ni..terkemut-kemut..siput pun lagi laju*..dalam pada mengeluh..dapat juga pujian si siput..ni biasa berlaku bila nak berinternet dikawasan yang kurang coverage line..tak pun kuota internet dah hujung rambut rosak..bersimpul-simpul berkerinting siap berbuah lagi hujung rambut tu..tak termasuk bercabang..huhu..bila lambat..bila terhegeh-hegeh biasanya kalau tidak kura-kura pasti siput yang dijadikan perumpamaan..

 siput babi
Siput Babi
Google Image


Kenapa kita selalu komplen siput lambat bergerak...tahu tak kita apa sebabnya..

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Berasal dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut)..Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram..cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.. siput babi bernafas menggunakan paru paru untuk  (pulmonata).Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina..berasal dari benua Afrika.Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. 

Perumpamaan..simpulan bahasa..peribahasa..banyak sangat yang boleh kita guna pakai..tidak semua yang lambat itu tidak molek.."biar lambat asal selamat"..peribahasa ini sering ibu ayah kita gunakan untuk ingatkan anak-anak mereka yang memandu kenderaan..lambat yang dimaksudkan adalah berhemah..bertenang..bersabar..berbudi bahasa..beradab dan beretika ketika memandu di jalanraya...mematuhi had laju yang ditetapkan..mengikut situasi yang logik dan akal yang waras bukan ikut rasa panas...

Pandang sekeliling kita..ambil pengajaran daripada setiap satu ciptaan NYA...gali sisi baiknya supaya kita boleh belajar perbaiki diri daripada satu-satu perkara..siput babi terkenal dengan gelaran haiwan perosak..tapi siput sedut amboi sedap masak lemak cili padi..huhuhu...

 siput sedut masak lemak cili api
Siput Sedut Cili Padi
Google Image

*terima kasih ukhuwah...
Tag : Info
0 Komen untuk "Alahai Siput Sangat"

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top