Terduga Jiwa Hamba

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

TERDUGA JIWA HAMBA || Terasa berat perlu menggalas...semakin berat semakin malas..namun percakapan harus tetap beralas..panjatkan doa mohon belas daripada Allah empunya ar'asy..

El Nino sedang melanda negara
Terasa berbahang sana sini
Catuan air telah pun bermula
Bijak-bijaklah kita mengemudi

Nikmat nyaman Allah ambil seketika
Anggaplah peringatan untuk hamba
Jangan asyik merungut sahaja
Itu tanda tidak redha padaNYA

Terlalu banyak nikmat kurniaanNYA
Tidak terhitung dek jari jemari
Banyak DIA tunjuk bukti kebesaranNYA
Jangan kita asyik ragui

Mengeluh itu kita lazimnya
Kerana kudrat hamba tidak sehebat mana
Dalam pada kita asyik mengeluh saja
Selitkan juga zikir memujiNYA

Jumaat muncul lagi
Yang lama berlalu yang baru mengganti
Biarpun jasad tetap disini
Moga keimanan sentiasa menebal disanubari

Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon