Selagi baik..Amalkan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum..

Peria katak rasanya pahit
Pahitnya untuk dijadikan ubat
Jadi orang jangan suka bersubahat
Kelak di akhirat sama-sama tanggung akibat

Saiznya yang lebih kecil..lebih berkedut..makanya lebih pahit...hihihi...kalau peria biasa tu PC suka makan..tapi bila peria katak...rasa macam kunyah panadol dik..

Buah pinang rasanya kelat
Makan dengan sireh itu regunya
Bila suruh solat jangan mengelat
Jangan fikir malaikat tidak catat ya

Malaikat tidak pernah culas laksanakan tugsnya ya...jangan mimpi yang malaikat tu bermalas-malasan..yang bermalas-malasan itu kita ni ha manusia..

buah kundang
Buah Kunang
Google Image
Buah kundang rasanya manis
Sekali makan hendak lagi
Apa guna senyuman manis 
Kalau malas hendak bersugi

Kebersihan itu ada kaitan juga dengan iman..bersugi itu sunnah..sebolehnya gosoklah gigi dengan kerap..kalau tidak pun cukup sekadar berkumur untuk menghilangkan sisa makanan...




Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Dkna Abza
AUTHOR
April 5, 2016 at 2:39 PM delete

pantun nasihat..
dah lama pulak rasanya tak singgah blog perdu cinta nie..

Reply
avatar
adianiez AIDA
AUTHOR
April 8, 2016 at 10:55 AM delete

cute cute pantun PC.
tq for spending ur time and create something good like this PC.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon