Si Phyllanthus Acidus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SI PHYLLAANTHUS ACIDUS || Inilah nama saintifik Si Buah Cermai..hihihihi...rasanya semua kenal buah cermaikan..ada yang suka makan buah cermai macam tu saja..ada juga lebih suka bila dibuat halwa atau pun jeruk..kalau PC akan jumpa buah cermai ni bila hari rayalah yang dah dijerukkan atau jadi halwa..di rumah sedara mara yang suka beli buah cermai..cukuplah jamah sebiji dua..dah dipelawa..takut kecil hati tuan rumah..

Buah cermai muda dan pucuknya yang  muda etelah dicelur boleh juga dibuat ulam dimakan dengan sambal belacan,budu atau cencaluk mengikut citarasa masing-masing..dalam buah cermai ditengah-tengahnya ada terdapat biji benih yang keras.. 


buah cermai
Google Image

Khasiat lain cermai yang mungkin kita tidak tahu adalah ianya mengandungi banyak air,karbohidrat,saponin,flavonoida,tanin,polifenol,eh protein pun adalah..begitu juga lemak dan serat...bukan buah oren saja ada vitamin C ya..ha buah cermai pun ada juga vitamin C,serat dan mineral..bagi sesiapa yang mempunyai alahan pada kulit* boleh cuba memakan pucuk cermai..selain menjadi penawar racun gigitan serangga,lumbagosengal-sengal peha,tekanan darah tinggi dan kanser..

>>selain DAUN SEMAMBU...daun cermai juga boleh digunakan untuk meredakan kegatalan demam campak dan chickenpox..ditumbuk hingga lumat bersama-sama beras yang telah ditos setelah direndam dalam air beberapa minit..


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Sheila Adziz
AUTHOR
March 12, 2016 at 4:10 PM delete

kenapa skang ni org duk ckp pasal buah cermai ni... viral ke... akak mmg terlepas keretapi... hehehe

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 12, 2016 at 9:55 PM delete

Yeke kak..hihi..PC pun tak perasan...yang hangat ais krim kan...

Reply
avatar
ros nordin
AUTHOR
March 13, 2016 at 3:10 AM delete

Dah lama tak makan buah cermai. dulu abah ada tanam buahnya besar2 sedap makan..sekarang pokok pun tak ada..

Reply
avatar
kak gojes
AUTHOR
March 13, 2016 at 7:14 AM delete

kecur air liur nampak gambr bush cermai ni. Tapi KG mmg x berapa sangat dgn bush in. masammmmm LA.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon