Semerah Inai

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum 

SEMERAH INAI || Sebut inai rasanya semua orang tahu dan kenal...tak kisahlah daun inai..serbuk inai..pokok inai atau inai readymade yang pelbagai jenama dipasaran..dulu sebut saja inai mesti terbayang warnanya yang merah cantik..tapi sekarang inai putih pun ada dik..tidak ke canggih manggih tu..hihihi..inai ni sinonim sangatlah dengan pengantin..pengantin-inai...sebut inai-pengantinlah tu..hahaha..tapi dah kalau budak umur 3 tahun pakai inai itu bukan la pengantin..bagi pendapat PClah sesuai je inai ni dipakai oleh sesiapa pun..terutamanya kaum hawa...dan inai ini jugalah yang menjadi ole-ole jemaah haji atau umrah yang pulang daripada tanah suci Mekah..hihihi..

inai
Inai
Google Image


Nama botani bagi inai ialah Lawsonia inermis..setahu PC inai ini sekadar untuk mewarnakan kuku atau rambut dan janggut sahaja sebaliknya ianya berfungsi untuk barangan kulit *contoh beg, uncang, tali pinggang dan lain-lain* dan juga pewarna untuk kain. 

serbuk inai
Serbuk Inai
Google Image
Orang Islam menggunakan Inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan, baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan memudahkan atau membezakan pengenalan diantara tangan seorang perempuan dengan tangan lelaki.Sumber
Setiap orang ada citarasa..haruslahkan..ada yang suka ada yang tidak pada inai ini..yang suka berpada-padalah jangan merosakkan sunnah..bila ianya mengikut apa yang ditetapkan ya..ianya sunnah namun apabila berlebihan ianya boleh menjadi haram dan berdosa.. 


Tag : Info
9 Komen untuk "Semerah Inai"

INAI JUGA BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT KUKU CEKAM.

Suka inai pokok sebab merah asli tp skrg dh susah cari .. Huhu

nice info kak. lama da tak pakai inai pokok tu :D

Dulu masa kecil-kecil kalau kenduri kahwin tu ade gak pakai inai dijari. Tapi sejak tu dah tak pernah pakai termasuklah masa kahwin...hehe

aah betul kak PI..dengan izin Allah ia boleh membantu juga..kalau keluarga PC panggil kuku cekam tu cagu...biasa kena pada ibu jari kaki.. "_^

betul..taka ada bahan pengawet..terus asli dari pokok kan...masatumbuh t campur gambir dengan nasi sikit..itu petuanya nak bagi lebih merah "-"

terima kasih adik..hihihihi..sekarang dah mudah kalau nak berinai...hulur tangan..bayar dah siap..hihihihi..mudah..cepat..cantik.. ^-"

hihihihi...budak-budak lelaki dan perempuan la paling comel kalau pakai inai..sebab kukunya comel-comel..lepastu taat je kembangkan jari sampai kering inainya.. :)

DULU dpn rumah ayah tanam pokok inai,,tp jarang pakai,,pakai bila kuku ada nanah je sbb inai boleh surutkan nanah :)

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top