Perbaharui Nikmat Dengan Ikhtiar

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

PERBAHARUI NIKMAT DENGAN IKHTIAR || PERBAHARUI NIKMAT YA..BUKAN UBAH NIKMAT..sangat jauh bezanya ya..harap maklum..dan sila ambil perhatian..*cuak juga PC kalau apa yang cuba PC sampaikan ukhuwah tersalah tafsir..ngeri sebenarnya..TEGURLAH JIKA PC KHILAF ya..* 

Dengan izin Allah..muda pasti bertemu tua..sihat pasti merasa sakit sekali sekala..itu lumrah yang tidak mampu kita tepis..gigi yang tercabut satu persatu atau dicabut kerana rosak kemudian diganti dengan gigi palsu..itu perbaharui nikmat...mata yang elok kemudian rabun dan menggunakan cermin mata untuk baiki penglihatan itu juga ikhtiar berbaharui nikmat..BUKAN BERMAKNA CIPTAAN ALLAH TIDAK SEMPURNA tetapi bukankah Allah suruh kita ikhtiar untuk perbaiki diri dengan niat untuk memudahkan urusan beribadat kepadanya..NIAT..ya niat cukup sekadar kerana DIA..

Niat tidak menghalalkan cara...bagaimana..bila ada niat untuk ubah nikmat tanpa sebab yang diharuskan lakukan sebegitu sebaliknya kerana menurut kehendak nafsu semata-mata..bersyukurlah awak dilahirkan kacak dan gagah mengapa mahu menjadi cantik dan menawan..tujuan berkahwin lelaki dan perempuan itu untuk mengembangkan keturunan *walau pun Allah tidak pernah janji yang berkahwin itu mesti dikurnia zuriat* mengapa memilih juga yang bertentangan arusnya..

Ikutlah arah arus yang selari andai kita tidak mahu lemas dengan badai karenah nafsu nafsi..jangan bazirkan masa dengan perkara yang buat kita menjauhi NYA kerana ajal semakin mendekati..

Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
March 31, 2016 at 5:56 PM delete

ikhtiar atau usaha itu penting.. :)

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
March 31, 2016 at 6:27 PM delete

Itu tak bermaksud nak ubah... Tapi mmg jadi satu kewajipan sebab nikmat Allah beri ditarik da minta kita usaha untuk terus nikmati kehidupan.

Reply
avatar
Siqah Hussin
AUTHOR
March 31, 2016 at 7:09 PM delete

Good entry kak PC :) Nikmat boleh diperbaharui atas sebab tertentu dan tidaklah diubah sesuka hati. Gunakan nikmat sebaik mungkin :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 31, 2016 at 8:55 PM delete

betul adik...setuju :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 31, 2016 at 8:56 PM delete

kan cikgu MF..dengan syarat kita tidak mengubah sesuka hati tanpa sebab yang diharuskan.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 31, 2016 at 8:58 PM delete

alhamdulillah terima kasih Siqah...lainkan perbaharui dengan ubah..harapnya kita tidak tersalah bertindaklah..amin... :)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 1, 2016 at 6:39 PM delete

Ikhtiar umpama menyatakan rasa kesyukuran kita atas nikmat Illahi melalui tindakan yg baik dan bermanfaat... t kasih atas perkongsian ini PC.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon