JOHOR DARUL TA'ZIM



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

JOHOR DARUL TA'ZIM || Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat kelahiran..Batu Pahat merupakan salah satu daripada sepuluh(10) daerah yang terdapat di Negeri Johor Darul Ta'zim..ya PC dilahirkan dan dibesarkan di Batu Pahat..

Negeri Johor berada di sebelah selatan Semenanjung Malaysia di mana kedudukkannya bersempadan dengan Negeri Melaka,Negeri Sembilan dan juga Negeri Pahang.Bahagian timurnya dikelilingi Laut China Selatan bersempadan juga dengan Kepuluan Riau,bahagian selatan pula Selat Tebrau bersempadan dengan Singapura dan Selat Melaka di bahagian barat bersempadan dengan Riau,Indonesia..pastinya nyaman dengan tiupan angin laut dan dihiasi pemandangan indah..

Mempunyai keluasan kira-kira 19,210 kilometer persegi,menjadikan negeri kelima terbesar dalam negara Malaysia dan negeri ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia.Jumlah penduduknya pula adalah kedua terbesar selepas negeri Selangor dan negeri ketujuh terpadat di dalam negara.Johor Bahru merupakan ibu negeri Johor bandar kedua terbesar selepas Kuala Lumpur..DARUL TA'ZIM berasal daripada perkataan arab yang bermaksud tempat perlindungan yang bermaruah.

Negeri Johor mempunya sepuluh daerah iaitu 

daerah Negeri Johor

Setiap daerah mempunyai bendera yang tersendiri

>> Bendera Johor Bahru Johor Bahru 

>> Bendera Kulaijaya Kulai   

>>Bendera Pontian Pontian

>> Bendera Kota Tinggi Kota Tinggi 

>> Bendera Kluang Kluang

>> Bendera Segamat Segamat

>> Bendera Muar Muar

>> Bendera Batu Pahat Batu Pahat

>> Bendera Mersing Mersing

>> Bendera Ledang Tangkak

Sebagaimana negeri-negeri lain..Negeri Johor juga mempunyai gunung dan pulau yang menjadi daya tarikkan dan sumber alam semulajadinya.Keindahan flora dan faunanya yang masih terpelihara memberi peluang kepada penduduknya malah masyarakat luar untuk mengunjunginya untuk beriadah baik secara individu mahupun bersama keluarga..

KatOphir.jpg
Gunung Ledang,Tangkak
Google Image

gunung belumut,kulai
Gunung Belumut,Kluang
Google Image

Pulau Rawa
Pulau Rawa
Google Image











Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
Nick Nashram
AUTHOR
March 21, 2016 at 6:28 PM delete

saya duk kat tangkak..air terjun gunung ledang tu tiap2 minggu pegi..huhu

Reply
avatar
Mazlan Othman
AUTHOR
March 21, 2016 at 8:24 PM delete

Maaf, Gunung Belumut di Kluang.
Di Kulaijaya Gunung Pulai.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 21, 2016 at 8:48 PM delete

subhanAllah..maaf PC silap..terima kasih ya sudi tegur dan betulkan..terima kasih sangat...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 21, 2016 at 8:51 PM delete

owh seronoknya..PC baru pergi 2 kali tapi dengar cerita sekarang dah ditambah baik ya...

Reply
avatar
paridah
AUTHOR
March 21, 2016 at 9:49 PM delete

wah setiap daerah di johor ada benderanya sendiri ya...hebat tu.

Reply
avatar
March 22, 2016 at 7:26 AM delete

Wah tganu pon ada bendera daerah masing masing :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon