Jangan Berhenti Berfikir

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

JANGAN BERHENTI BERFIKIR ||Akal yang waras dan tenang itu anugerah..bersyukurlah kerana tidak semua Allah beri nikmat sebegitu..kerana setiap orang ada buku takdir masing-masing..

Jangan Berhenti Berfikir
Google Image

Ibu ayam bertelur lima
Menetas tiga didalam raga
Lakukanlah apa yang kita suka
Asal tidak melangkaui batasan agama

Pastikan sebelum bertindak fikir terlebih dahulu..biarlah orang kata kita ketinggalan..atau mungkin lambat..kerana setiap risiko yang bakal timbul adakalanya bukan sahaja perlu digalas sendiri malahan antaranya menyusahkan orang lain..

Kek lapis enak rasanya
Dipotong cantik untuk tetamu
Jagalah setiap butir bicara
Moga tidak mengguris hati saudaramu

Bila kita sentiasa berasa betul..awas..kita akan lebih kerap terdedah untuk laukan kesilapan kerana rasa berhati-hati itu seolah sudah diletakkan ke tepi..

Hari Sabtu syok bersantai
Sambil makan buah cempedak
Bersyukurlah jadi bijak pandai
Manfaatkan setiap ilmu yang baik

Banyak atau sedikit..dalam atau cetek ilmu yang kita miliki ingat..bila-bila masa Allah boleh ambil semula..


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. hidup kena fikir kalau benda tak berfeadah tu tak payah fikir.mari fikir 5 soalan ucing pula (>_<)hehehe

    BalasPadam
  2. tapi kadang2 banyak2 fikir makin pening plak kepala..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama