Istiqhomah Ma'ruf

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Daun salad dibuat ulam
Sebelum dimakan cuci dahulu
Bila bersua ucaplah salam
Saling mendoa diberkati selalu

daun pudina
Google Image

Daun pudina baunya segar
Warnanya hijau menarik hati
Pupuklah setiasa rasa sabar
Supaya tidak terasa sakit dihati

Batang saderi dipotong serong
Sedap dimasukkan ke dalam masakkan
Dengar tazkirah jangan melopong
Catatlah setiap ilmu yang dikongsikan

Buah sengkuang diracik-racik
Bersama timun digaul rata
Bila bercakap jangan terpekik-pekik
Macam tiada adab pula jadinya



Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
March 7, 2016 at 2:00 PM delete

Istiqomah walaupun sikit ..

Reply
avatar
March 7, 2016 at 2:35 PM delete

istiqomah pun ada ganjarannya, insyaAllah

Reply
avatar
March 7, 2016 at 5:25 PM delete

baca rangkap akhir teringat dato' m. fadzilah kamsah cakap. Kalau kita sayang kan orang, kita cakap lembut2 je walaupun dalam keadaan marah. Macam selalu, easier said than done.. hee. Mendalam maksud pantun ni.

Reply
avatar
March 7, 2016 at 7:15 PM delete

istiqhomah penawar terbaik..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 7, 2016 at 8:30 PM delete

Betul...walau sedikit tapi baik tetap berbaloi...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 7, 2016 at 8:30 PM delete

Betul...setuju sangat :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 7, 2016 at 8:33 PM delete

Betul...kadang yang cakap slow tu yang terkesannya bukan main main...tapi waktu marah sangat susah nak cakap macam tak ada apa apa....kalau boleh buat sangat bagus...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 7, 2016 at 8:34 PM delete

Betul...in sha Allah amin....:)

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
March 7, 2016 at 10:28 PM delete

Saya ada terbaca satu buku dari barat berjudul 'The Power Of Consistency'... orang bukan Islam pun akui kuasa istiqamah... dalam istiqamah ada berkatnya...

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon