Seawal Yang Boleh

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SEAWAL YANG BOLEH || Kanak kanak yang bersih dan putih hatinya..jernih pemikirannya merupakan wadah yang mudah untuk menerima apa sahaja input daripada orang dewasa mahupun mencerap setiap apa yang didengar dan dilihat..semakin kerap mereka dengar dan lihat maka semakin cepat dan mendalam ianya meresap ke dalam jiwa dan kotak pemikiran mereka..wahai orang dewasa jagalah tingkah laku tatkala disekelilingmu ramainya kanak kanak..

Seawal yang boleh biarpun mereka tidak memahaminya lagi ajarlah yang mudah mudah..contoh beri salam apabila bertemu dengan mereka..

Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata

Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak)
 
 
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Salam itu juga doakan..doa tidak terbatas pada usia,pangkat dan kondisi seseorang itu..moga dewasa kelak mereka akan terbiasa dengan tabiat memberi salam satu sama lain dengan sahabat seagama..amin..indahnya hidup dihiasi doa..

Tag : Ilmu
2 Komen untuk "Seawal Yang Boleh"

salam kak yana setuju ajar anak seawal boleh , :)

Bak kata pepatah lentur buluh sedari rebungkan Yana...

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top