Biarpun Kecil

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

BIARPUN KECIL ||PC ingat lagi..selain daripada doa makan..doa masuk dan keluar tandas nilah yang ustazah dan ustaz suruh hafalkan..tercungap cungap jugalah nak menghafal..maklumlah budak budak..patuh tetap patuh..sebab esok cikgu nak dengar sorang sorang hafalkan..jadinya jenuhlah malam menghafal..siap tulis tampal tepi katil..walaupn tulisan jawi kacukan cacing kerwit dengan ulat gonggok..hahaha..gigih..gigih..tapi oleh sebab budak budak kata orang hati dan fikirannya masih suci lagi putih tanpa was was..agak mudahlah nak ingat..cuba sekarang???ha...jangan kata titik hitam...semua 12 warna ada..PC tak kata sesiapa ya..ni ha diri sendiri..*halamak stok kismis dah habis*..


doa masuk dan keluar tandas
Google Image

Selain baca doa sebelum dan selepas keluar tandas...adab semasa berada dalam tandas juga wajar di ambil kira

>>tutuplah kepala ketika membuang air besar.*dengan gayung pun boleh..tapi pastikan ada 2 gayung tak pun ada getah pain..kalau tidak harulah nak bercebuk* 
>>Jangan berada terlalu lama di dalam tandas*kesian orang lainkan..kalau tak ada orang lain pun..nak berangan carilah tempat yang semenggah sikit* 
>>Jangan memandang keseluruhan tandas *selesai visi dan misi,,cuci,,keluar*
>>Jangan bercakap atau menyanyi*ingat bukan tempat rakam lagu atau pentas uji bakat* 
>>Haram membaca ayat al-Qur'an di dalam tandas*sila ambil berat ya* 
>>Makruh memandang kepada kemaluan*alahai tak usahlah ya* 
>>Jimatkan air jangan membazir.*nak puas main air pergi kolam..berendam sampai kembang*

Moga kita sentiasa perbaiki diri..



Copy the BEST Traders and Make Money : 

Tag : Ilmu
3 Komen untuk "Biarpun Kecil"

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top