Ada Beza Yang Ketara

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

ADA BEZA YANG KETARA || Boleh mengeja,menulis dan mengira itu sudah memadai untuk masuk darjah satu..itu dulu zaman PC..sama ada darjah satu hanya satu kelas atau lebih..tapi sekarang sekolah rendah pun perlu menduduki peperiksaan untuk menentukan kelas dan siap ada orentasi lagi..adik sepupu PC masih ramai yang bersekolah rendah..begitu juga anak buah..makanya sedikit sebanyak PC ambil tahulah juga sikit-sikit..yang bijak semakin ramai..persaingan semakin sengit..hangit dan senget..

Marah..merajuk..memujuk..itulah kita bukan sekadar budak tadika sebegitu ragamnya orang dewasa juga tidak terlepas..kerana...kerana kita punya rasa..ada emosi yang pelbagai ragam..bukan bermakna tahap kita seperti budak darjah satu atau tadika ya..bukan..kerana itulah lumrahnya..

Lumrahnya yang hidup pasti mati..baik flora mahupun fauna..dan kita juga tidak terkecuali..mengucap..menghembus  nafas terakhir,mandi,mengkafankan,menyembahyangkan..
mengebumikan..itu tugas yang masih hidup kepada yang telah mati..sebagaimana tidak mudah memulakan kehidupan di muka bumi Allah ini dengan pelbagai dugaan..begitu juga pengakhirannya..namu percayalah kalau ada yang kata engkau..engkau dan aka..aku itu silap kerana biarpun berbeza alam kita akan tetap saling berhubung satu sama lain dengan cara yang ditetapkan...
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
February 19, 2016 at 3:56 AM delete

Pengakhiran kita disana , kita akan berkumpul ditempat yang sama nanti balik jumpa Allah semua

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon