Manfaatkan Sebaiknya Pada "7 MUBBIN"

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 

MANFAATKAN SEBAIKNYA PADA ''7 MUBBIN'' || Umum tahu Surah Yassin..ada yang menjadikan bacaan surah Yassin itu rutin harian..ada juga yang membacanya seminggu sekali yang lazimnya setiap hari Khamis malam Jumaat..dan biasa sangat part yang ni..ha tekalah...yes...tepat...tahlil..doa selamat..dan yang seangkatan dengannya..betul tak..perasan tak dalam surah Yassin ada 7 MUBBIN..

36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.

36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)
(Surah Yassin)
(Ayat : 12,17,24,47,60,69,77)

Lazimnya amalan 7 MUBBIN ini diamalkan untuk mendapatkan semula barang yang hilang..doa kita..hajat kita kepada Allah..selain daripada itu boleh juga dijadikan pendinding dari gangguan jin dan syaitan..untuk memanggil anak-anak yang lari dari rumah..melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia..baik juga dibacakan kepada pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum)..INGAT..kita sebagai manusia jangan berhenti berusaha..ini salah satu caranya...SELEBIHNYA MESTI SERAH PADA ALLAH..
Selamat malam indah ukhuwah..




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. my kakak pernah cuba baca 7 mubin ni . memang kena sabar sbb lama nak selesai ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC tahu perkara ni pun ada ustazah yang bagitahu...

      Padam
  2. SubhanaAllah...
    Tiada penawar yang lebih hebat melainkan ayat2 suci Al-quran

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..mukjizat Al Quran kan cik akak...

      Padam
  3. Bagus entri ini...sebabnya ada kaitan dengan 7 Mubbin ni...

    Kakak sepupu saya amalkan...masa tu beliau berusaha untuk...ringkasnya...nakkahwin dengan suami sekarang...alhamdulillah ada jodoh mereka...yang manisnya tu...saya tukang betulkan sebutan bacaan kalau yak betul...pastu lepas seminggu...lelaki tu telefon...hehehe

    BalasPadam
  4. terima kaseh PC sharing tentang ni :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama