Jaga.. In sha Allah Selamat

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

JAGA..IN SHA ALLAH SELAMAT || Jaga diri...merangkumi kesihatan dalaman dan luaran..jaga peribadi juga luaran dan dalaman..ok..semua cantik,kemas rapi tiada cacat cela...tapi apa kata jaga juga perkara perkara yang sangat dekat dengan kita..

Kita jaga Allah,Allah lebih lebih jaga kita..kita pelihara agama,agama selamatkan kita..kita amal sunnah,,syafaat menanti kita..tapi sedikit sebanyak kita perlu tahu juga hukum hukum yang menjadi garis panduan untuk kita menjadi muslimin dan muslimat yang berkualiti..

Wajib
Sesuatu yang mesti kita lakukan..buat dapat pahala..tinggal berdosa
Contoh paling mudah solat..menjaga aurat...
Wajib fardhu ain - yang ini semua orang mesti buat...contoh solat..puasa..
Wajib fardhu kifayyah - ianya akan menjadi ringan kepada orang lain sekirang telah ada orang lain yang meguruskannya atau melakukannya..contoh pengurusan jenazah

Sunnat
Kita buat pasti berpahala dan ditinggalkan tidak berdosa..
Contoh solat sunnat,,puasa sunnat..

Harus
Kita buat sesuatu itu tidak berpahala dan tidak berdosa
Contoh makan,,,minum,,korek hidung..hihi..

Makruh
Jika kita tinggalkan berpahala...bila lakukan tidak berdosa..
Contoh makan belangkas,,makan minum berdiri..

Haram
Yang ini mesti ambil perhatian lebih..buat berdosa azab api neraka hadiahnya andai tidak bertaubat nasuha...tinggal berpahala
Contoh minum arak,,zina,,membunuh,,berjudi..




Previous
Next Post »

4 comments

Write comments

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon