Jadilah Baja BUKAN Racun Mahupun Parasit

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


JADILAH BAJA BUKAN RACUN MAHUPUN PARASIT || Sesiapa sahaja yang gemar bercucuk tanam atau berkebun tidak kiralah apa pun jenis pokok yang di tanam pastinya bersahabat baik sangat dengan baja..jadi tidak hairanlah kalau boleh hafal sebahagian besar jenis dan nama baja yang terbaik untuk digunakan..bukan pemburu keyboard tapi pemburu baja..hihi..baja itu umpama vitamin tambahan untuk tumbuhan..selain kasih sayang dan penjagaan yang rapi dan teliti..

Sebut tentang kongsi..membuntang biji mata dibuatnya..kongsi apa?..Allah jadikan alam ini..bumi ini untuk dikongsi..kita berkongsi dengan tumbuh- tumbuhan..haiwan..langit..lautan dan daratan..bukankah ada makhluk lain selain manusia di muka bumi Allah ini..kita antara salah satu penghuninya..kita saling bergantung dan memerlukan satu sama lain..ada mangsa..ada pemangsa..tidak boleh dinafikan ada yang perlu berkorban dan terkorban..

Seperti endau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing..itulah pepatah lazim membayangkan sikap mementingkan diri sendiri..baik mengejar kehendak atau kerana memenuhi keperluan sebolehnya jangan menjadi racun mahupun parasit pada pihak lain..jadilah baja yang sedikit sebanyak memanjangkan hayat sekeliling untuk meneruskan kehidupan..
6 Komen untuk "Jadilah Baja BUKAN Racun Mahupun Parasit"

Dalamnya bahasa Pc.. Ya insyaallah kita menjadi baja bagi kenaikan orang lain di sekeliling

jadilah baja kepada org2 yg di sekeliling kita yg mengasihi diri kita seadanya,

kita saling memerlukan antara 1 sama lain, memberi kekuatan dan sokongan org sekeliling kita

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top