Bebaskan Hati

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kacang bendi ada lendir
Sedap di makan dengan sambal sardin
Elakkan suka sindir menyindir
Baru hubungan erat terjalin

Mendaki gunung boleh dianggap satu hobi
Sesekali tidak salah main jet ski 
Buang jauh-jauh hasad dengki
Baru terpelihara maruah diri

Minum di warung sambil main dam
Mata tidak sudah mengerling ke jam
Cukuplah diluar jangan simpan di dalam
Tarbiah hati jangan asyik nak berdendam

Belakang rumah ada pokok rambutan
Kulitnya dibuang isinya disimpan
Hasut menghasut jangan dilayan
In sha Allah selamat sepanjang kehidupan

Di pasaran ada banyak vitamin
Untuk kegunaan sekecil anak hingga sebesar bapa
Ingatlah insan sekalian
Ujub,riak,takbur itu berdosa


Tag : Pantun
7 Komen untuk "Bebaskan Hati"

Bersastera betul PC ni ye.. Pantun yg bermanfaat..

BERPANTUN INDAH MENENANGKAN JIWA...

berpantun sekali-sekala best juga..

Allahu...biasa biasa je cikgu MF...semua dengan izin Allah...moga jadi peringatan pada diri sendiri dan kawan kawan...

Sesekalikan kak...hihi...kadang ketandusan idea juga kak....

Hihihi...betul...betul...jomlah berpantun...

Gulai kari enak di makan..
Makan bersama si roti canai...
Jangan terlupa padan pesanan...
Agar hidup sentiasa diberkati...

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top