Solat Jumaat..Moga jatuh Cinta

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah bersyukur bertemu lagi kita di hari Jumaatkan...walau di alam maya..Allahu..subhanAllah..kaum adam yang menunaikan solat fardhu Jumaat hari ini..tahniah..yang mana ponteng pastikan sebab ponteng itu kukuh bukan disengajakan ya..jom kita sama sama ulangkaji sikit..

Solat Jumaat adalah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat fardhu Zohor, dan dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"  Al-Jumu'ah: Ayat 9

Sabda Rasulullah SAW:"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Bukan nak kahwin saja ada syarat..solat Jumaat pun ada syarat wajib dia juga..hihihi..*eh tadi mata kuyu..sebut kahwih bukan main bulat biji mata..* ada 7 syarat.
*Islam *Baligh *Berakal *Merdeka *Lelaki *Sihat *Bermastautin atau bermukim 
Kalau syarat wajibnya sudah lengkap hendak beri kualiti solat Jumaat lebih baik pastikanlah ikut syarat sahnya pula..tak gitu..*yang dah pernah bernikah saja faham maksud sah ni..macam mana rasanya perasaan tu bila pak imam dan saksi kata sah..eh terus copong mulut pulak..* ada 5 syarat..
*Didirikan di dalam waktu Zuhur ||*Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya ||*Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu ||*Didahului dengan dua khutbah.
Islam itu sendiri sangat memudahkan..tapi jangan ambil mudah..boleh tidak seorang muslim itu dikecualikan daripada menunaikan solat Jumaat..*jangan sengeh sengeh..kecuali solat Jumaat bukan kecuali solat fardhu Zohor..*ada 4 ya..
*Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya \\*Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid \\*Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir \\*Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Moga kita sentiasa memanfaatkan setiap detik usia yang ada..amin..

Image result for wallpaper hd masjid
Google Image

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Jie Najihah
AUTHOR
December 18, 2015 at 4:54 PM delete

terima kasih kongsi ilmu. :)

Reply
avatar
kak gojes
AUTHOR
December 19, 2015 at 3:39 PM delete

tapi... ada juga yang tak solat Jumaat...

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon