Rasa-rasa Jiwa..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Image
Google image 

Hari Isnin mula bekerja
Ada juga sudah bekerja semalam
Mulakan tugas dengan hati gembira
Jangan dihiasi dengan wajah yang muram

Typing error itu biasa
Backspace itu sentiasa
Ketawa ketawa juga
Jangan dilengah kerja yang ada

Ikan cencaru di masak kari
Campur dua biji kentag dibelah belah
Walau khusyuk lunas kerja dimeja sendiri
Sekali sekala tegurlah kawan sebelah

Hujung minggu pergi berkelah
Sambil memancing Sungai Kelah
Bila dimarah jangan gelabah
Maniskan muka dan bertabahlah

Orang kanan ada peranan
Sebelah kiri jangan disisihkan
Dua dua sentiasa diperlukan
Untuk merialisasikan rancangan

Ada panggil epok epok
Ada menggelarnya karipap
Ada beza ke tidak
Matlamatnya untuk dingap
hihi..

**begitulah kehidupan ini..pasakkan matlamat..bina usaha..untuk mencapai satu satu matlamat terkadang memerlukan banyak cara untuk menggapainya*
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Ana Fatihah
AUTHOR
December 14, 2015 at 2:41 PM delete

Saya kerja semalam lagi. Hehe :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 14, 2015 at 9:54 PM delete

Ooo...cuti jumaat sabtu ya...

Reply
avatar
Sheila Adziz
AUTHOR
December 14, 2015 at 10:00 PM delete

IsyaaAllah... terima ksh sis :)

Reply
avatar
December 14, 2015 at 10:07 PM delete

salam kak selalu senyum baca seloka akak, anugerah tuhan buat akak ni

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
December 14, 2015 at 11:20 PM delete

huuu! cerianya..cantik..sajak pun mantap bagus berhikmah

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
December 14, 2015 at 11:22 PM delete

TKK ada infor untuk yang dibenarkan sahaja. Ialah hak blogger tak dapat nak cakap apa2.

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
December 14, 2015 at 11:24 PM delete

saya sentiasa berfikiran positif tak boleh amalkan salah sangka..
Terima kasih PC ya selalu datang ke laman Etuza. Tak ada dosa sebenarnya saling berkunjung..malah dapat ilmu yang ada.

Reply
avatar
Nao Mei
AUTHOR
December 15, 2015 at 7:48 AM delete

Hari ini hari selasa,
Esok pula rabu menanti,
Jalankan tanggungjawab dengan bijaksana,
Agar rezeki sentiasa diberkati.

Tuai padi antara masa,
Esok jangan layu-layuan,
Kerja terbengkalai jangan leka,
Tanggungjawab bersama sesama teman.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon