Ragam..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pelita dan sumbu bersahabat baik
Berjasanya ketika dihari raya
Jangan jemu berbuat baik
Kerana pahala tidak terlihat dek mata

Sekarangkan cuti sekolah
Adik adik seronok saja
Jangan malu hendak berubah
Mohon bantuan dari yang ESA

Makan dodol ambil bersembang
Tersedak cepat cepat minum air
Sukar dijangka apa yang bakal mendatang
Teruskan usaha hingga akhir

Image
Google image 

Daun pisang banyak kegunaannya
Bungkus kuih koci pulut hitam
Biar sederhana rupa parasnya
Asal tidak berhahti hitam

Pulau pandan jauh ke tengah
Pulau dayang bunting di Langkawi
Pukul anak salah satu langkah
Langkah disaran daripada Rasulullah yang dikasihi


Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
December 7, 2015 at 5:31 PM delete

rupa pun tak berapa elok.. perangai pun belum cukup cantik.. hehehe. sebelum ada yang salah faham ini statement mengata diri sendir

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
December 7, 2015 at 6:43 PM delete

All the best...

http://suriaamanda.blogspot.my/2015/12/pencarian-blog-terkemas-2015.html

Reply
avatar
December 7, 2015 at 9:16 PM delete

salam kak malam ni mampu baca je , tak mampu nak pantun jugak takde idea

Reply
avatar
Nao Mei
AUTHOR
December 7, 2015 at 11:01 PM delete

Malam bertamu mentari menyinari...
Bunga seroja memikat hati...
Elo-elok kita membawa diri...
Takut nanti ada yang terasa hati...

Hihi

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 8, 2015 at 12:56 AM delete

Hihihi....in sha Allah selagi ada masa kita boleh sentiasa perbaiki diri...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
December 8, 2015 at 12:58 AM delete

Ecececehhhhwah...cik akak berpantun la..

Reply
avatar
Mizz Aiza
AUTHOR
December 8, 2015 at 9:18 AM delete

Pantun penuh dengan pengajaran..

Reply
avatar
December 8, 2015 at 9:55 AM delete

Wah pandai berpantun rupanya kak PC.
Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
December 8, 2015 at 9:12 PM delete

cantik pantun PC lahir dari hati kan

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon