Penghulu Yang Barakah..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Salam Jumaat penghulu hari
Untuk semua sahabat yang diingati
Walau di manapun berhati hati
Ingat Allah sentiasa di hati

Musim tengkujuh dimana mana
Siapa kita untuk menduga
Apa saja berlaku atas kehendakNYA
Moga kita redha sentiasa

Image result for arah kompas kiblat
Google Image

Masuk hutan bawa kompas
Moga mudah untuk mencari kiblat
Mantapkan dulu yang asas asas
In sya Allah tapaknya menjadi kuat

Telekung dihiasi sulaman indah
Dilipat rapi kemas sentiasa
Sejauh mana pun kaki melangkah
Jangan dilupa asal usul ya

Bila berkumandang seruan azan
Lambang seruan kebesaran
Tinggalkan seketika kerja yang dilakukan
Ada tanggungjawab yang wajib dilaksanakan


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
December 18, 2015 at 12:29 PM delete

semoga Allah permudahkan segala urusan kita...bencana mohon dijauhkan

Reply
avatar
Jie Najihah
AUTHOR
December 18, 2015 at 3:46 PM delete

terima ksh ats perkongsian... :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon