Mewahnya kita..ingat ingat yA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Mewahnya kita..ingat 2 ye
Google image 

Geraji papan terkena tangan
Balut luka di dalam bangsal
Hidup ini satu perjuangan
Satu masa pulang ke tempat asal

Seberang parit lalu jambatan
Sambil petik buah rambutan
Sakit itu satu peringatan
Rajin rajinlah jagalah kesihatan

Bunga kebangsaan bunga raya
Merah putih oren pink pun ada
Bukan semua kita punya
Agihkan kepada yang selayaknya

Nikmatnya bila cuaca redup
Sambil bermain galah panjang
Ingatlah makan untuk hidup
Bukan hidup untuk makan memanjang

Batu blok batu bata
Tampal simen biar rata
Bukan sekadar hiasan semata
Zakatnya tidak usah dilupa

Sambil menyembang makan nangka
Uruskan sebaiknya harta pusaka
Bukan kerana tamak harta
Agar yang bersemadi di sana tidak menderita

Pusing kanan pusing kiri
Kepala gatal tidak pulak berkutu
Sekali pandang macam kita punya sendiri
Eh jangan lupa Allah bagi pinjam je tu
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. jalan ke depan toleh2 jugak ke belakang. Sama jugak konsepnya. :)

    thnks for the reminder.

    BalasPadam
  2. mmm.. setinggi mana kita, jgn lupa tempat kt pijak

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Allahu...terima kasih..kadang pantun merapu je tu... :)

      Padam
  4. pc header baru tu comel dan cantik sangat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanAllah...terima kasih...kenkonon cuba2.. :(

      Padam
  5. pantun peringatan yang sangat baik.. Ingat semua ni Allah punya untuk kita kongsi bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..ingatan untuk diri sendiri juga supaya tak lupa daratan.. :)

      Padam
  6. comel dan penuh makna pantun kak PC.. hehe

    BalasPadam
  7. Naik perahu terlupa pengayuh,
    Singgah bertamu di pasar tani,
    Hidup ini perlu berpegang teguh,
    Takut nanti terlupa diri.


    Hahahahah..sekali singgah terus berpantun

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama