Berat Yang Meringankan..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

image
Google Image

Selamat petang ukhuwah.
Waktu waktu begini jamlah yang paling tersipu malu.Setiap mata asyik memandangnya.Kalau la jam itu boleh terus berbicara.."eh cukuplah jangan pandang aku..aku malu..terkadang aku terkedu bila dimarahi mengapa lambat mencecah detik waktu..walhal manusia sendiri goyah sedikit rasa sabar dihati"..hihi..

Rasulullah SAW dan para sahabat juga sering diuji.Pelbagai cara.Segenap sudut.
Untuk dijadikan pedoman kita ummat akhir zaman.
Terkadang kita berasa lelah.Tidak kurang yang tertewas digelanggang dugaan.Sesiapa pun berpotensi untuk tersungkur.

Kesedihan.Kesakitan.Kesusahan.
*eh berapa banyak "ke"..daaa..hihi*
Dugaan yang kadang kala kita tidak sedari ianya berat yang meringankan.

Sedih.Menangislah.Bisa dihati pasti mengalir bersama air mata.
Sakit.Bukankah itu penghapus dosa dosa kecil.
Susah.Daripada kesusahan itu inspirasi untuk kita berjaya..*jangan pula kita susah hati melihat orang lain berjaya itu busuk hati namanya..busuk ketiak boleh dirawat..busuk hati sukar diubati takut kelak membinasa diri*
9 Komen untuk "Berat Yang Meringankan.."

Asalam..warna-warna kehidupan ada manis pahit berbagai rasa..tahnia yang mampu mengimbangi diri dalam keimanan dan selalu ingat Allah itu lagi maha hebat. Pada dia tempat kita memohon ampunan..

salam kak, kadang kadang kita perlu menangis untuk secebis kekuatan

Waalaikummusalam cikgu...betul cikgu..kehidupan ini banyak asam garamnya...

Waalaikummusalam yana...betul tu..lega..

biar busuk ketiak jgn busuk hati hehehe

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top