Pantun Jom..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tumisan kari harum semerbak
Perut yang kenyang menjadi lapar 
Membentuk akhlak bukan macam menembak
Peluru dihala kelapang sarsar


image
Google image

Buah nona lemak manis
Dibungkus rapi elok ranumnya
Walau pun bicaranya lunak dan manis
Pastikan baik semua maksudnya

Ke hulu ke hilir memakai terompah
Terompah comel bewarna biru
Jangan dipermain tulahnya sumpah
Kelak hidup haru biru

Buai laju laju sampai sejuk telinga
Apa dalam bakul sekuntum bunga kenanga
Moga ukhuwah sihat sejahtera
Boleh kita terus bersua pada setiap luahan idea
Tag : Pantun
13 Komen untuk "Pantun Jom.."

Pndainya pantun... pnuh dg nasihat..

pokok rambutan buahnya lebat,
merah kulit terasa manisnya,
singgah menyinggah sesama sahabat,
mengukuh ikatan sesama kita...

#jmbelog

dua tiga buah nona ,
pantun dikarang penuh pesona,
tersenyum yana membaca pantunnya,
dikarang oleh kak Pc , baik hatinya.

hehe :)

Terima kasih abak..biasa2 je dik..dengan izinNya juga :)

Lari setempat pun dah mengah
Duduk berehat tepi tasik
Terima kasih sudi singgah
Harapnya jangan serik

Tepuk tangan sambil tersenyum manis
Duduk bersimpuh berkain batik
Terima kasih wahai adik manis
Kak PC bukan yang terbaik..

Amboi :) cubit pipi sikit..

Aku cik akak nama diberi..
Pemilik blog cintakan ungu..
Nasihat diterima sepenuh hati..
Kelak nanti hidup tak haru biru..hahaha


Nie cik akak nak tanya...
Blog nie tak de butang older post ke..susah cik akak nak komen...entri lama

Terima kasih pc sudi singgah blog kak yan yang tak seberapa tu...salam pkenalan :-))

in shaa Allah
alahai seronoknya berbalas pantun

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top