Segenggam semangaT

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

image
Google image

 ||segenggam semangat||

Ikan emas ikan oskar
Cantik berenang dalam balang
Hendak berubah memang sukar
Usah dihirau buah mulut orang


Ikan pari banyak jenis
Masak asam pedas enak rasanya
Diumpat dikeji jangan nangis
Serahkan segala pada yang ESA


Jalan jalan ke taman haiwan
Sambil menjamah bekalan
Bangkitlah segera wahai insan
Moga tabah harungi dugaan


Bermain sendiri di hadapan rumah
Duduk dibuaian sambil makan samosa
Sakit itu satu qifarah
Penghapus sekecil kecil dosa 


Hujung minggu sertai larian
Sambil berlari berkejar kejaran
Berhati hati memilih teman
Moga sentiasa berada dilandasan yang benar


Anak itik kembung perut
Ibunya risau bising tak sudah
Hindari sikap gemar mencarut
Belajar belajarlah untuk berubah





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

20 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Balasan
    1. Bagus..teruskan agar sentiasa bersemangat ye.. :)

      Padam
  2. Wahh pantun :D Mendalam maksudnya tu :)

    BalasPadam
  3. Rentung jadinya kerana bara
    syukur masih sudi disantap
    beruntung kita menjadi hambaNya
    sentiasa diterima setiap taubat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penganti bersanding di atas pelamin
      Mak andam mengipas sampai berpeluh
      Amin..amin..amin
      Syaratnya taubat mesti bersungguh

      Padam
  4. Sakit itu satu qifarah
    Penghapus sekecil kecil dosa.

    Setuju sangat! Jadi, bersabarlah kalau kita diuji dengan kesakitan.

    BalasPadam
  5. InsyaAllah, letak padangan Allah yang pertama, tetap semangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila letak Allah yang pertama yang lain sendirinya akan mengikut.. :)

      Padam
  6. Suka baca pantun...boleh tersenyum sorang-sorang....

    BalasPadam
  7. waaaaaa.....blog suda bertukar wajah....cantekkk....lama dh xbertandang kt sini.....bz memanjang.....huk huk huk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu..biasa2 je...apa adanya...bila lapang singgah ye... :)

      Padam
  8. menaikkan semangat
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Shopping di entri Blogshop : Pin Tudung Super Comel by KAWAIDESU CONCEPT
    Dan Entri terbaru di Faktor Typing... Lama Gila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentiasa singgah tapi tak dapat join..tak boleh penuhi syarat..maaf sangat.. :(

      Padam
  9. Pandainya dia berpantun...... :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama