Cuba ikut jadikan panduaN

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

image
Google image

|cuba ikut jadikan panduan|

Surah Luqman Al Hakim
Surah yang ke-31
Mengandungi 34 ayat

LUQMAN AL HAKIM-Luqman bin Unaqa' bin Sadun
Beliau terkenal dengan kata kata nasihat kepada anak anaknya

Antaranya

A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
A016
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
A017
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
A019
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Setiap pesanan itu untuk kebaikkan anak anak kesayangannya..malahan untuk peringatan kita juga umat sejagat..ibu bapa aplikasikanlah seperti mana Luqman tarbiah anak anaknya..biar pun tidak dapat lakukan semua..mungkin sebahagiannya sebagai permulaan..amin..jadilah insan yang sentiasa ingat kebaikkan orang pada kita..dalam masa sama ingat kejahatan kita pada orang..supaya kita sentiasa perbaiki diri..lupakan kebaikkan kita pada orang dan lupakan kejahatan orang pada kita..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semoga kita jadikan panduan dan pedoman dalam menguruskan keluarga...

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak, mmg pesan luqman Alhakim ni mmg patut di jadikan peringatan kepada kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita dah tahu..pesan terus pada diri sendiri..hehe..

      Padam
Terbaru Lebih lama