Selesai maghrib..tunggu isyaK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Hari khamis malam jumaat
Duduk bersila atas sejadah
Lepas tamat baca yasin buat doa selamat
Tak perlu yang panjang ringkas cukup dah

Bila hukumnya wajib maka mesti buat
Nak tambah pahala sokong dengan yang hukumnya sunnat
Biarlah kita mula macam lambat
Asal bukan kita jadi tukang penamat

Tolong ketip kuku yang panjang
Jangan suka cepat terpengaruh
Tidak jangka apa bakal mendatang
Usaha berdoa terus berserah

Bintang indah dilangit yang pekat
Dingin angin menyapa pipi
Jangan hidup dek kerana pangkat
Esok lusa akan ditinggal pergi

Sepuluh sen dua puluh sen
Sembunyi tabung bawah besen
Nikmatnya makan telur masin
Ucap alhamdulillah selepas bersin

3 rakaat ditunai sudah
Berzikir berselawat dalam hati
Sebelum bangun lipat sejadah
Ingatkan diri solat isyak sekejap lagi


Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Akif Imtiyaz
AUTHOR
August 20, 2015 at 9:10 PM delete

Alhamdulillah dah selesai solat isyak...

Reply
avatar
beat
AUTHOR
August 20, 2015 at 10:41 PM delete

pegi kdai beli gula
asyik-asyik pegi kedai
moga kita org bertaqwa
nnt kt sana x kena tibai.


Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
August 21, 2015 at 12:00 AM delete

makan telur masin + nasi panas2 mmg padu! ehehhe

Reply
avatar
August 21, 2015 at 1:07 AM delete

Alhamdulillah dapat menunaikan dan menambahkan amalan :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 21, 2015 at 9:28 AM delete

@anamizu
Kan..boleh bertambah tambah..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon