♡♡seloka♡♡

Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡ 


Google image 


Ketupat palas lemak rasanya
Dimakan dengan rendang dan serunding
Walau hati gembira nak beraya
Jangan main mercun hingga berterabur dinding

Tema tahun ini katanya biru
Bersongkok tinggi hendak ke mana
Jangan memandu laju laju
Abang polis di mana mana

Bangun pagi terpisat pisat
Kain senteng bergulung gulung
sediakanlah juadah mana yang sempat
tetamu ramai datang berkunjung

Duduk bersimpuh di tepi dapur
Rambut hangit terkena pelita
Orang tua tua menyembang jangan masuk campur
Terlajak cakap dicop derhaka pula

Makan dodol sambil baring
Sorong tarik songel dibibir
Jangan biar mak ayah bertaring
Lebih baik penuhkan air dicangkir

Tangan dihulur tanda bermaafan
Senyum diukir tanda kemesraan
Jangan kita mudah perasan
Bukan nak jadikan menantu dua pun kan..

Sudah bermula cuti sekolah
Sesi berganti sudahlah pasti
Walau pun raya tetaplah bersedekah
Pastinya kita tidak rugi

Ketam ada sepit
Jual bakul 2 seringgit
Balik kampung jangan lewat bangkit
itu pun kalau tak nak kena jerit

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Aisya Ahamad
AUTHOR
July 14, 2015 at 8:10 AM delete

Kemain seloka hari raya ye. Hehe.
Selamat hari raya. Hehehe

Reply
avatar
wanie yahaya
AUTHOR
July 14, 2015 at 8:39 AM delete

salam perkenalan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
follow sy di http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...tq

Reply
avatar
Dunia Zumal
AUTHOR
July 14, 2015 at 9:12 AM delete

Bam bam bum bunyi mercun
Meriah sungguh di malam hari
Raya nie jangan main mercun
Itupun kalau sayangkan jari

Langit cerah terang cahaya
Bergemalapan seluruh kampung
Tulat nanti dah nak raya
Mari kita balik kampung

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
July 14, 2015 at 9:53 PM delete

@wanie yahaya
salam perkenalan kembali..salam lebaran juga ye..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
July 14, 2015 at 9:56 PM delete

@Dunia Zumal
yeyyyyyyyy zumal berpannntun lerrr..

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon