♡♡punca..punca la tuu♡♡

Advertisement
Bissmillahirahmanirahim 
Assalammualaikum ukhuwah ♡ 

Google image 

Syawal dirasa semakin dekat
Saudara mara bertandang jauh dekat
Dalam bergembira jangan tak ingat
Zakat fitrah lunaskan cepat

Penyapu lidi penyapu jerami
Ke hulu ke hilir gigit jari
Hindarkan pakai kasut tumit tinggi
Takut nanti menangis sendiri dek pinggang rasa macam digeraji

Jauh dekat jangan beralasan
Ibu ayah tak minta balasan
Ingat hidup bukan berpanjangan
Ziarahlah mereka walau semalaman

Burung merpati burung serindit
Sayapnya luka kerana ibunya cubit
Mengumpullah berdikit dikit
Supaya diri tak terasa sakit

Kalau dah congkak kawannya guli
Galah panjang main ramai ramai
Duduk berayun di atas buai
Moga duit raya anak anak jangan kita tuai

Buah betik buah mengkudu
Anak itik asyik menyudu
Jauh beza sekarang dan dulu
Bukan alasan untuk beradu

Sirap selasih laici ais
Salam cium tangan sambil menangis
Nampak kosong saja peti ais
Sila isi bukan marah bermuka bengis


4 Komen untuk "♡♡punca..punca la tuu♡♡"

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top