::..Selorong NAMUN TIDAK sematlamaT..::

Sumber Google

Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum dan hye semua..

Selawat buatmu Ya Rasulullah SAW..alhamdulillah atas setiap nikmatMU Ya Allah..mood raya masih berbaki..hujung minggu diisi dengan agenda sinonim syawal..open house,, open table,, open door..dan masa nilah kena open minded bermaafan..tapi jangan open aurat..no..no..no..

Dalam satu kelas ada 30 orang murid..atau,dalam satu pejabat ada 40 orang pekerja,, setiap hari tempat yang dituju sama..sekolah..pejabat..namun kenapa tidak semua murid dapat keputusan cemerlang..dan mengapa ada kerja yang tidak selesai..kerana setiap orangkan ada akal,, nafsu..tak gitu..matlamat berbeza beza..dah kalau hari hari mak tunggu depan bilik dengan pelepah kelapa kering yang ada api..maunya tak mencicit pergi sekolah..tak pun dok angau nak tengok cikgu rose cun..tengok jiran beli kereta besar,, awak sibuk nak besar juga..beli trella je dik,, tak pun lori kontena senang dik..jadi datang pejabat..nak gaji..ingat..niat tidak menghalalkan cara..betulkan niat ye..

Zaman ribena semua mak ayah uruskan..tak suka pun terpaksa suka..jadi yang menurut perintah saja..hehe..namun menginjak dewasa..tidak semua tapi sebahagian besarnya berbeza..betul tak..maka tidak hairan adik lagaknya abang dan abang seolahnya adik..amboi..lawan tauke nampak..hehe..ingat saiz bukan ukuran you..di mana kita,siapa pun kita,, adab itu salah satu lambang keperibadian..jaga molek molek..kita boleh berubah bila kita nak berubah..insyaallah boleh..

Laluilah lorong yang sama selagi mana lorong itu menyatukan dan mendorong kita kepada kebenaran dan menuju redha Ilahi..insyaallah kitakan berjaya dunia,, cemerlang akhirat..
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
August 15, 2014 at 9:56 PM delete

selagi lorong itu membawa ke jalan kebaikan,, ikutlah.. tetapi jika tersalah jalan, pulanglah ke pangkal jalan

Reply
avatar
Hootoh Tudia
AUTHOR
August 16, 2014 at 1:13 AM delete

Lorong yang ramai orang selalu saja dianggap lorong yang benar. Mungkin saja kita tersalah lorong. Inilah Lumrah kehidupan, tiada manusia yang sentiasa betul. Cuma masih ada yang tidak belajar dari kesilapan lalu

Reply
avatar
Mummy-Ann
AUTHOR
August 16, 2014 at 10:51 PM delete

Matlamat selalunya sama - Syurga. Laluan lorong je mungkin tersasar dan berbeza..
Semoga kita sentiasa diberi taufik & hidayah di jalan yang benar. Amin

Reply
avatar
Zizie Zack
AUTHOR
August 17, 2014 at 1:11 PM delete

penyampaian yang bagus kak.. berada di lorong yang sama, tapi pencapaian orang lain lebih bagus dr kita. mungkin cara dan niat tu ada yang tak kena.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 17, 2014 at 4:03 PM delete

@Hootoh Tudia
Oleh itu kita mesti berani melakukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 17, 2014 at 4:06 PM delete

@Zizie Zack
Terima kasih zie..jom kita tingkatkan diri..

Reply
avatar
Nurul Hidayah
AUTHOR
August 18, 2014 at 9:30 AM delete

alangkah eloknye, kalau matlamat hidup tu sama.. mencari keredhaan Allah.. tentu dunia ni aman

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon