..::Nak kedekut??..boleh silakaN::..

Advertisement
Kredit en google

Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah..selamat bercuti bagi yang sedang bercuti..manfaatkan masa yang ada sebaiknya ye..syukur..nikmati hidup di dunia yang sementara ini dengan iman dan akal yang waras..

Semua orang nak bersenang lenang..nak bergembira..nak yang seronok saja..yang hebat hebat saja..ye tak..kalau boleh la..amboi..namun tiada itu semua tanpa usaha yang gigih..dan yang paling utama kita tidak akan kecapi itu semua tanpa izin Allah..setuju??..ibu dah tolong masak,hidang atas meja..hai nak bersuap lagi??..pilih..nak rotan ke nak cuci reban arnab..anak dah 3 orang..hehehe..kot ye pun perniagaan rugi..kan riba' itu diharamkan..sambil berniaga bersedekahlah walau hanya sepuluh sen cuma..tak rugi..tak salah..

Ada sedikit beri sedikit,, ada lebih berilah lebih..apa tu..ala kan Rasulullah SAW galakkan kita memberi..beri yang baik baik..bukan beri saka kat jiran sebelah tu..nauzubillah..kalau kita ada ilmu..kongsilah..tak berkurang pun malah bertambah..kalau masak..lebihkan kuahnya..tapi tak sampai hati nak beri kuah saja..betul tak..tak apa..isi sikit..kuah lebih..yang penting niat mesti betul..lillahitaala..bukan minta dipuji atau dipinang 5 minit kemudian..tangan yang memberi itu lebih baik..yang menerima tadah tangan ucap syukur..rezeki daripada Allah..

Pahala itu rahsia Allah..semua kita berebut nak syurga Allah..syaratnya pahala mesti lebih banyak dan berat timbangannya daripada dosa..betul??..buat apa yang disuruh,, tinggal apa yang dilarang..kuncinya..kita mesti kedekut..kedekut dalam menyimpan aib diri sendiri dan orang sekeliling..kedekut dalam fitnah dan umpat keji..tarbiah hati agar kedekut untuk prasangka buruk pada Allah..kedekutlah pada perkara yang lagha..insyaAllah..amen..
8 Komen untuk "..::Nak kedekut??..boleh silakaN::.."

Nak kedekut, biarlah bertempat kan? hihih...

orang yang kedekut tak bertempat ni boleh mencipta musuh...

suka perenggan akhir tu... peringatan utk diri sendiri juga...

Assalammualaikum... PC,

suka mselim3 baca entry nie.. walaupun simple tapi pengisian cukup bermakna...

mselim3

@Nora Karim
Hehe..terima kasih..untuk PC juga sebenarnya..

@Mohd Selim Zainal
Waalaikummussalam..terima kasih mselim..

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top