::..TerataS..::

Sumber:Google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..

Alhamdulillah dengan izinMU Ya Allah..hamba MU masih lagi mampu berbicara,, melihat alam terbentang luas..syukur yang tidak terluah..malah tidak mampu untuk ditafsir..masyaAllah..moga ianya berterusan..agar hamba MU terusan beramal untuk MU..

Silih berganti...siapa yang tak gembira bila berjaya..yeeyy..ye tak..begitu juga bila dilanda kesedihan..cuma bagaimana cara kita mempamerkan rasa hati itu berbeza satu sama lain..sujud syukur..atau ucap alhamdulillah..bila suka..ataupun menyendiri..hempas segala pinggan mangkuk tatkala bersedih..semua berbalik pada bagaimana kita mentarbiah hati..

Bermusim...andai khatulistiwa itu panas dan lembab sepanjang waktu..kutub utara juga selatan itu berais membeku..itulah fakta dan notanya..berulangkali ditanya bilangkali juga itu jawabnya..tapi jangan tanya budak yang baru belajar merangkak..itu seolah menumbuk diri sendiri..sakit tak??..ini bermakna kita mesti cerdik mengenalpasti situasi..

Berkira-kira...berniaga mesti nak untung,, asal tak mencapai trofi riba' maka halal la rezeki kita..berniaga itu sunnah Rasulullah SAW..nak lebih sweet dalam berniaga itu kita bersedekah juga..ermm sangat sweet nih..begitu juga dalam kita berbicara..perlu ambil kira pelbagai sudut dan ada tatacaranya..kerana telinga itu sahabatnya hati..jaga-jaga..waspada..bila mana kita yakin pada diri..percayalah semuanya dengan izin Ilahi..bulatkan hati kita..untuk DIA saja..dalam apapun situasinya letakkan rukun iman yang keenam iaitu percaya pada qada dan qadar pada peratusan paling besar..  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pusing mana pun kalau percaya pada rukun iman yg 6 dpt melegakan apa pun jua yg terjadi. Macam sekarang inilah PC. MH370 entah kemana hanya Allah juga yg tahu..

    BalasPadam
  2. kita kena redha dan ikhlas segal ketentuannya

    BalasPadam
  3. bila perasaan negatif datang, kekadang xdapat dikawal... perlu diberi ruang dan masa untuk meredhakan apa yang telah terjadi..

    BalasPadam
  4. @Kakzakie
    Betul kak..setuju..moga segala permasalahan Allah tunjuk jalan bagaimana untuk kita temui titik penyelesaiannya..amin..

    BalasPadam
  5. @Zizie Zack
    Bila tenang kita akan lebih rasional..bukan emosnal

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama