..::Boleh fahaM::..

Sumber:google

Assalammualaikum..
Selawat dan salam buat Rasulullah SAW..
Ya Rabb..

Alhamdulillah titisan air hujan semakin kerap  membasahi bumi..syukur sangat..ada panas..ada hujan..sahabat baik ini sentiasa bergilir melunaskan tugas seperti yang telah Allah tetapkan..rezeki..jadi jangan mengeluh..tak usah berceloteh seolah memarahi Ilahi..ingat tau..hehe..

Bila haiwan peliharaan lagaknya seperti anak kandung,,, nak tidur sekali,makan bersuap,, meroyan selagi tak nampak muka tuannya..itu tidak mustahil berlaku..maklumlah sedari kecik tuannya menjaga mengalahkan si ibu..kasih yang melimpah bak empangan pecah itu menganyam hubungan jiwa yang erat..ini bermakna tiada sempadan dalam kita berkasih sayang..

Buat salah..tak ada siapa tahu..tak siapa nampak..tapi tingkah yang canggung itu mampu dikesan..betul tak..lagilah naluri ibu bapa terhadap anak anaknya..sembunyilah walau dalam tempayan ikan pekasam..hehe..bagitu juga di tempat kerja..kelainan kita mampu dikesan kawan kawan..mungkin mampu dirahsiakan daripada sesama insan..namun tidak pada Allah..ye tak...

Mata melihat,telinga mendengar,, adakala hati mentafsir yang tidak..tidak..kadang cemburu,kadang terasa sesak dan sebu..sedangkan ianya dunia semata..terpulang pada kita bagaimana nak bawa hala ke arah lebih jernih dan putih..


Previous
Next Post »

13 comments

Write comments
February 19, 2014 at 10:18 PM delete

kalau naluri ibu bapa kuat, xyah la berdalih.. pernah kantoi dengan mak.. ingatkan nak sembunyikan pasal demam, tuptup, kantoi.. hihi..

Reply
avatar
Kakzakie
AUTHOR
February 20, 2014 at 8:06 AM delete

Sick-Sense sebagai ibu kakak setuju sgt sebab kakak ada rasai itu semua. Dulu masa anak-anak masa kecik kakak boleh tahu sebab mereka belum beraqal kita boleh agak tapi kakak suka trick "Mama kalau pejam mata boleh nampak tau". Itu yg biasa mereka tak boleh bohong.

Kurniaan Allah sebenarnya sebab dari setitik air bersatu hingga boleh bergerak semua kita yg jaga mana boleh nak selindung kan hihi...

Reply
avatar
February 20, 2014 at 10:06 AM delete

mama singgah nak cepat kak, tak sempat baca entri, senang2 mama baca ye kak..

Reply
avatar
February 20, 2014 at 4:35 PM delete

terpulang pada kita bagaimana nak mencorakkannya...

Reply
avatar
Gee Lion
AUTHOR
February 20, 2014 at 7:52 PM delete

Memang tak boleh berahsia dgn mak bapak kan.. =)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 23, 2014 at 9:57 PM delete

@Nurul Farahizzati
Ibu dan isteri biasanya ada rasa yang sangat sensitif..pada persekitaran terutama bagi insan yang paling hampir..hehe..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 23, 2014 at 9:59 PM delete

@Kakzakie
Hehe..betul la kak..secara tak langsung..boleh didik anak anak tak berani untuk berbohong..amin..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 23, 2014 at 10:00 PM delete

@Norhasniza Khalid
Tak apa mama..ok je..tinggal komen pun dah syukur alhamdulillah..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 23, 2014 at 10:09 PM delete

@Farah Waheda Wahid
Betul..cantik warnanya moleklah hasilnya..tak gitu..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
February 23, 2014 at 10:10 PM delete

@Gee Lion
Setuju..Allah anugerahkan perasaan itu pada ibu ayAh kita..

Reply
avatar
Deqla Manjew
AUTHOR
February 27, 2014 at 11:53 AM delete

naluri ibu mmg sgt kuat kan..

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon