::..TerLuPa..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pagi-pagi lagi dah kecoh cari barang ye..rasa letak atas almari..tapi cari atas meja..mesti tak jumpakan..owh faktor umur pulak katanya ye..umur-umur jangan sebut..sensitif bagi sesetengah orang..tapi itulah hakikat..kalau dah umur tu 60tahun takkan nak cakap 18 kot..hehe..terima jelah..nak terlupa ni tak kira umur la dik..kalau anak-anak yang terlupa..berbiratlah telinga kena piat..dah la terlewat nak pergi sekolah..stokin masam entah mana..kasut macam belacan ghaib hilang..sengih kerang jelah jawabnya..waktu pagi ramai para ibu yang ayu sopan bertukar menjadi nyonya mansor..

Bila nampak kawan-kawan slim melim..tinggi lampai..aduh persis model gitu..sentap..nak jugak..hentak-hentak kaki..aduhai standard nak tinggi memang dah tak boleh..tapi harapan nak melebar sangat tinggi peratusnya..tak apalah itu semua genetik..alhamdulillah..yang nak slim melim tu boleh adjust..yang tak berapa nak cerah boleh putih gebu..yang tak berapa nak mulus..boleh halus licin dan berkilat kulit tu ha..berkemampuan..berkeinginan..go on..yang penting niat kena betul.. J

Betul semua itu hak kita..milik kita..namun semuanya berbatas..Allah izinkan kita berubah dan mengubah namun mesti punya alasan yang kukuh..faktor kesihatan mungkin..jangan sampai perubahan yang kita lakukan dan alami itu turut buat kita terlupa pada batasan dan landasan asal..dulu sepanjang hari berjubah..berabaya..manis bertudung labuh..Allah suka...setelah tiada ketul sana sini sinun..eh sentiasa berkebaya sendat la pulak ye..woooo seksi..sebelum tak berapa nak cerah..comel berhijab..sungguh manis..setelah mulus..amboi kiah..tu dia..sanggul bukan satu..2 sekali you..kanan kiri..2 inci make up berkepuk pada muka tu..hehehe..budak kecik nampak lari lintang pukang cirit birit..masyaAllah..alhamdulillah usaha untuk berubah berhasil..namun cukuplah fizikal berubah..namun jangan ubah landasan asal..kekalkan la menjaga batasan aurat..bertambah ayu..manis..comel dan sangat sopan..

Pernah tak kita terfikir..kadangkala kenapa Allah tak makbulkan permintaan kita..selain salah satu cara Allah nak jadikan kita ini penyabar..dan Allah nak beri kita yang lebih baik..mungkin Allah terlalu sayangkan kita kerana Allah tidak mahu kita menjadi kufur nikmat..adalah lebih menyedihkan bila Allah penuhi impian kita namun Allah tarik sedikit rahmatNYA daripada kita..nauzubillah..tak nak macam tukan..jadi kita kena sentiasa bersyukur..fizikal yang tak cantik akan jadi comel bila akhlak kita sweet..

Wassalam J
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
September 27, 2013 at 10:40 PM delete

kita kena bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan pada kita :D

Reply
avatar
june mohd
AUTHOR
September 27, 2013 at 11:38 PM delete

setuju sangat...jangan lupa diri bila dah makin cantik..usia kita bukan makin muda...so, ambil peluang yang ada untuk baiki diri...

Reply
avatar
puteri airyn
AUTHOR
September 28, 2013 at 12:24 AM delete

Betul tu Jua.. Kita kena sentiasa bersyukur.. Tapi bila dah senang kita jadi pelupa pulak..Huhuhu..

Reply
avatar
September 28, 2013 at 8:25 AM delete

bersyukur lah dengan apa yang Allah dah beri, tak perlu ikut orang sangat, lagi satu... sedar-sedarlah diri tu sudah menginjak usia tua, perangai jangan macam budak-budak... hihi... pendapat mama ler.. :)

Reply
avatar
September 28, 2013 at 9:39 AM delete

macam dalam iklan kak.. masa rupa tgh ada jerawat, kusam, elok aje pakaiannya menutup aurat.. bila kulit dah licin, gebu, sendat mendat lak..

Reply
avatar
Kakzakie
AUTHOR
September 28, 2013 at 11:45 AM delete

Niat asal jgn lupa kenapa mahukan sesuatu? Nak pandai utk apa? Nak cantik untuk apa? Nak kerja untuk apa? hatta makan untuk apa? Siapa yg bagi semua itu pun jangan lupa? Memang kita selalu lupa tapi jgn alpa. Terkeluar/tergelincir segera patah balik cari landasan yg lurus... jangan terus pura-pura lupa, kalau gitulah caranya tunggulah balasan dariNya..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:38 PM delete

betul..kita sentiasa mesti bersyukur..tunjukkan rasa bersyukur itu walau hanya sepatah kata ``alhamdulillah``..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:40 PM delete

kecantikan,,kepandaian,,kekayaan kadangkala melalaikan..namun itu semua bukan alasan untuk kita lupa diri..yang penting besederhana dalam setiap tingkah kan..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:42 PM delete

moga kita menjadi insan yang tahu mengenang budi..sama ada sesama manusia..atau Allah lebih-lebih lagikan..pergi jauh-jauh wahai pelupa.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:43 PM delete

setuju mama..kadangkala bila terlalu melawan arus memakan diri jugakan..Allah pun murka.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:46 PM delete

yes..tepat..inilah realiti sekarang zie..kita tak begitu sempurna..tapi kita berusaha untuk mencari kesempurnaan pada pandangan Allah..sedih bila mana melihat perubahan itu bukan pada fizikal semata..malahan hukum turut diperlekeh.. ;)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 28, 2013 at 7:50 PM delete

apapun yang kita lakukan mesti lillahitaala kan kak..semua keranaNYA..tulus,,lurus dan kudus..fullstop..bila dah dapat pap yang dihajat,,yang diingin acap kali terlalai,,terleka..terlup daripada siapa ia datang dan diperolehi..nauzubillah..hidup ini sebuah penjelajahan..persinggahan..entah esok lusa mungkin ajal menjelma..moga kita pergi dengan kalimah lailahailallah :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon