::..BeRjUaNg..::


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
 

Kalau kita tahu macam mana takdir rezeki kita..banyak ke..sikit ke..awal-awal lagi la kita bersiap sedia..kalau sikit tu usaha keras..bila dah banyak tu berjimat..ye tak..
Kalau kita tahu bila kita nak diserang penyakit..ajal kita..hohohoii..awal-awal lagi dah standby..sediakan ubat..beramal soleh..betul tak..
Ni yang paling kita gemar..senyum-senyum..soal jodoh..ala ijab qabul la cik kiah oii..kalau kita tahu siapa jodoh kita..tak perlulah susah payah try and error..ha..maksudnya bersuai kenal la..bukan yang maksiat tu..DOSA tau tak..ingat tu..haisshh..nauzubillah..bukan mudah nak cari isteri dan suami.. J

Kalau semua daripada kita boleh tahu takdir hidup dan diri masing masing..mesti ahli bomba tak menang tangan nak selamatkan orang nih....yang gembira melompat-lompat sampai tersangkut pada hujung bumbung..sampai terjelir lidah ..yang sedih pulak sengaja panjat bumbung reban ayam belakang rumah..nak terjun..frust la kononnya tu tak dapat makan telur itik masak lemak....ingat..kita tidak boleh terlalu gembira..atau terlalu sedih kerana seolah kita tidak redha pada takdirNYA..sebaliknya syukuri nikmatNYA..

Allah maha mengetahui..mana taknya kerana Allah menjadikan kita..bila Allah uji kita dengan sedikit kesenangan dan kegembiraan..atau kesusahan atau ujian..kadangkala kita mudah melatah..tidak terkecuali saya juga..mengaku awal-awal nih.. J..kerana hasutan nafsu dan syaitan..iman yang tak setebal mana..kadangkala terkoyak juga..walaupun koyak dan lubangnya kecil saja..subhanAllah..masyaAllah..

Dan cuba kita dah tahu semuanya dari awal..masih ada lagi tak usaha yang gigih..luhur dan tulusada lagi tak rasa bersyukur,merendah diri dan zuhud..masih ada lagi tak yang bangun sepertiga malam merintih meminta..bermunajat di atas tikar sembahyang..masih ada lagi tak yang sentiasa berpuasa sunat..atau kita ni sentiasa kufur nikmat..kerana telah tahu segalanya..

Hidup ini suatu anugerah..dalam kehidupan ada perjuangan dan perkongsian..berjuang untuk menjadi hamba yang baik..hamba yang patuh dan taat pada Pencipta kita..andai terasa angin bangga diri menerpa..pandang alam terbentang luas..ingat kita asal dari tanah..kepada tanah juga kita kembali kelak..haruman apa dan bagaimana pakaian kita di sana kelak..saat ini kita boleh tentukan..

Wassalam J
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
September 15, 2013 at 1:05 PM delete

benar, jangan jadi sampai kufur nikmat Allah...
Allah menguji sejauh mana kecekalan hati hambaNya, mama percaya... setiap dugaan yang datang adalah ujian tanda Allah sayangkan kita..

Reply
avatar
puteri airyn
AUTHOR
September 15, 2013 at 1:10 PM delete

Hidup ini adalah suatu perjuangan.. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan segalanya..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 15, 2013 at 8:03 PM delete

kufur nikmat tu yang kita takutkan mama..takut ia berlaku tanpa kita sedar dan Allah tarik pulak nikmat yang lain..nauzubillah la..tanda kasih sayang dan cinta Allah pada kita..kita pulak kena tunjuk tanda rindu padaNYA..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
September 15, 2013 at 8:04 PM delete

perjuang yang disertai dengan kesabaran pasti membuahkan hasil nikmat kemanisan berlipat kali ganda..amin

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon