::..BaHAgIAn..::



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Ramadhan dah tinggalkan kita..Syawal masih lagi dirai..sana sini..majlis rumah terbuka..undangan merata..alhamdulillah..inilah nikmat bila kita berpuasa..berpuasa penuh kerana Allah..haii kenapa jungkit kening tu..haisshh kaum wanita memang ada cutinya..jangan jelous ha..qada ok..bukan suka suki nak tinggal puasa..hehehe..ada faham..good.. J..bila kita menghayati Ramadhan..maka nikmat kegembiraan Syawal itu terasa berbaloi baloi gitu..ha kan nikmat tu..

Kalau dapat undangan tu boleh pergi..pergilah..hadirkan diri..kecuali ada urusan yang tidak dapat dielakkan..tak apa..dimaafkan..Islam itu indah dan memudahkan..ye tak??jangan dok kerut kerut dahi pening kepala ok..yang pergi rumah terbuka tu berpada padalah..jangan makan sampai lebam..walaupun boleh menikmati juadah sampai bengkak gusi..

Biasanya dalam majlis majlis sebegini pelbagai juada disediakan..yang jarang kita hidangkan..andai ada warga emas..dulukan mereka..sekiranya ada tetamu dikalangan anak-anak yatim..utamakan mereka..atau golongan istimewa upaya..bantulah mereka ambil juadah..mereka ini punya keberkatan yang tersendiri..sangat istimewa pada pandangan Allah..kita pulak bila nak pergi majlis..sibuk ber make up nak cantik pada pandangan manusia..tak semualah..jauh berbezakan..Allah pandang hati kita..keikhlasan kita..kerana semuanya akan terpancar di wajah..ahaaa..akhlak penanda aras kualiti seseorang itu..pandanglah akhlaknya..buka rupa semata-mata..

Setiap orang ada bahagian masing-masing..percayalah..Allah dah tentukan..cuma ia bergantung pada usaha kita itu bagaimana..doa dan tawakkalnya kita itu seperti apa..jadi jangan nangis bila tiba giliran kita ambil makanan..makanan itu tinggal setengah senduk sahaja..jangan dok jeling mata sampai juling geram dok usha ikan siakap tiga rasa meja sebelah..dah kalau bahagian kita cuma sirip dan hujung ekor..dapat kuah pun bersyukurlah..jangan kita geletek member sebelah sampai pengsan semata mata nak curi sotong goreng tepung dia pulakkan..hehehe

Pelbagai cara Allah mendidik hambanya..kadangkala kita nak sesuatu tu beria-ria sangat tapi tak dapat..Allah nak didik kita jadi penyabar la tu..bila kita tak nak pulak..Allah beri..ermm itu Allah nak didik kita supaya sentiasa bersyukur..kerana apa??kerana Allah sayang hambanya..jadi kita kena sentiasa redha dengan bahagian masing-masing..panau di pusat pun rezeki juga..tahi lalat penuh dihidung pun rezeki tau..bersyukurlah..

JWassalamJ
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
August 23, 2013 at 8:42 PM delete

taqabballahuminnawaminkum :)

Reply
avatar
krole
AUTHOR
August 24, 2013 at 8:38 PM delete

btul tu jua...tiap kita ada bahagiannya..smuanya terpulang dari diri kta...kena usaha lebih..usaha tu pun kena seimbangkan jangan usaha kudrat je usaha ibadah tak...em...skangni kat tmpt krole byk rumah terbuka..jmputan tu tak payah nak ceritalah mmg banyak...tp tak dapat p semua~ tak larat huhuhu..perut pun dah mula maju ke hadapan dengan bangganya~

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
August 25, 2013 at 9:39 AM delete

hehehe..perut maju ke depan tu salah satu tanda bahagia Allah kurniakan isteri solehah bijaksana..alhamdulillah..majlis kawin sepanjang tahun..setiap hujung minggu..kecuali bulan ramadhan la..itu pun ada juga majlis bernikah waktu malam..hehehe..rezeki datang dalam pelbagai bentuk..iyelah setiap kita ada kekangan masing masing kan..pergi setakat terdaya.. :)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon