,,BerAnI buAt-BuAt tAk TahU``


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Biasanya seminggu sekali kita mesti pergi pasar,,tak kiralah pasar tani ke atau pasar besar..beli keperluan dapur..stok untuk seminggu..barang mentah basah dan barang kering..tapi ada juga yang hari hari balik kerja singgah pasar..pasar malam..boleh je tak jadi masalah..ikut selera la kan..kalau sebut pasal menu,ikut individu dan ahli dalam rumah..meriah..sampai kembang tangan yang masak kat dapur..sotong kembang pun tak kembang macam tu..ecececeh J..hari hari makan ikan atau daging ayam bosan jugakan..sekali sekala makan daging lembu ke..kambing ke..arnab ke..landak ke..ermm menarik tu..yang suka makan daging,,senyum..yang tak suka,,awal lagi dah buat muka seposen..sabo ek..

Rumah kita mesti ada cicak kan..dari mana la datangnya cicak ni..kalau kat kampung tu orang cakap dari kebun..logik la juga..melalui tanahkan..tapi kat bandar ni..rumah teres,,rumah pangsa..takkan cicik terbang dari afrika kot..tupai terbang adalah..aduyai..ke cicak pandai tekan lif..masuk rumah tanpa izin..duduk pulak celah pintu..pagi pagi sibuk orang tutup pintu nak keluar rumah..dah terkapit..remuk tulang,kematian tanpa rekod..suami isteri pulak tu..memang sehati sejiwa ni..kalau kita sedar boleh terus buang bangkainya..kalau tak perasan..berhari harilah sampai keliru dari mana datang bau busuk ni ha..nak makan pun tak selera..terpaksa makan kat warong berdekatan hotel 5 star..ini semua poyo J..

Siapa yang suka bau busuk kan..kan..siapa yang sanggup tengok bangkai binatang ke..orang ke tanpa sebabkan..kalau boleh elak..memang elak..kalau orang tak boleh makan daging,takkan kita nak paksa kot..kejam tu..setuju??yes good..mau muntah 2 baldi nanti..selalu bintang kat langit,,ini bintang atas kepala..tak ke hebat tu..tapi kita sedar tak kadangkala kita ni ibarat makan daging busuk saudara sendiri??tau tak?tau takkkk?..ha tak payah tutup mulut tu..tak cukup..cepat ambil tempayan..ke pasu bunga..muntah cepat..setuju tak?geleng kepala tapi itulah hakikatnya..bila beli lauk,,semua nak nak segar,berkualiti,bila masak di rumah semua jaga,,basuh bersih,,rendam air garam nak elak racun..bukan main lagi ye..kalau boleh nak rendam  dalam softlan..rupanya tanpa kita sedar lain pulak ye..boleh jadi macam tu ek?

Yelah suka sangat BERGOSIP,MENGUMPAT,MENGATA orang,,MEMFITNAH..dosanya lebih besar dari berzina tau..ee kita takut..awak takut tak?..esok kat akhirat,orang ni cakar badan mereka sendiri dengan kuku tembaga mereka..huhuhuhu..kena pisau sikit pun meraung satu kampung dengar..

Jadi kita dah tahu,,kenapa kita buat..kalau boleh elak..kita elaklah..banyak Allah bantu kita sebenarnya..Allah bagi kita ujian,,peperiksaan..dalam masa sama jawapannya pun Allah beri..sebab syurga itu sangat nikmat..kenapa kita pilih jalan serong..kalau yang lurus ada..Allah sayang kita..tapi sayang juga kerana kita kurang menghargai kasih sayang NYA..

Wassalam J
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Kakzakie
AUTHOR
June 18, 2013 at 12:06 PM delete

Begitulah... makan lauk nak yg fresh dan cantik hiasan bagai tapi dalam pada mengadap lauk-pauk dan hidangan mulut pot-pet-pot-pet mengumpat, mengata sana-sini. Sedihnya...

Muhasabah diri tingkatkan peribadi sama-sama tegur-menegur mana yg tersasul, segera berpatah balik sebelum izrael dtg menjemput..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 18, 2013 at 12:22 PM delete

Betul la kak..yang nyata semua nak yang terbaik kan kak..pada dasarnya kita ni terkadang terlajak bicara..sesedap rasa..masyaAllah..moga Allah ampunkan dosa kita..terima taubat kita kan kak..

Kita sama sama nak jadi penghuni tetap syurga Allah..

Reply
avatar
krole
AUTHOR
June 18, 2013 at 9:54 PM delete

huhuhu mungkin kot jua~ skngni kan zaman moden...tak mustahil cicak pndai naik lif hihihi~ ye betul...kalau diikutkan semuanya Allah dah tunjuk kat dalam al-quran namun segelintir insan ni suka buat2 tak tahu...mengumpat, fitnah pergh! amat senang dilaksanakan namun utk dibendung....huh! InsyaAllah kalau jaga solat, ikut ajaran yang Allah turun..tak mustahil semua itu dapat dikikis dari hati insan d dunia ni

Reply
avatar
June 19, 2013 at 1:47 AM delete

semoga kita dijauhi dari sikap buruk yang bagai menjadi darah daging manusia.. insyaAllah.. :)

Reply
avatar
Zai Zaiman
AUTHOR
June 19, 2013 at 3:40 PM delete

kisah cicak tu, bagaimane ek nak hapuskan, jenuh gak kadang tu nak halau, tp ade gak, yg leceh tu dia tak belajor ke buang air dalam tandas, ni berak merata.. geram gak tgk...

Reply
avatar
Fadz hashim
AUTHOR
June 19, 2013 at 5:35 PM delete

kematian tanpa rekod.. haha.. best n3 ni..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 19, 2013 at 8:28 PM delete

kihkihkih..kan..intelek punya cicak lorr..hebat..moga panduan yang ada dijadikan sempadan agar kita tidak jauh tersasar dalam mencari redha Allah sepanjang kehidupan di dunia ini..amin..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 19, 2013 at 8:31 PM delete

amin..kita berusaha dan buat yang terbaik kan adik zizie..tiada manusia yang tidak lakukan kesilapan..namun biarlah kesilapan itu menjadi pengajaran agar tidak di lakukan berulang kali.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 19, 2013 at 8:33 PM delete

ermm kami pun dah buntu..dah semakin membiak pulak..makan produk kesuburan apa la agaknya..kadang kadang tu ada baby cicak kering..agknya ibunya keguguran..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
June 19, 2013 at 8:36 PM delete

tulah tak perlu buat report kat balai polis dan pejabat pendaftaran..hihihihi..tak payah kebumikan pun..geram juga dengan cicak..lagi lagi bila teringat kisah Nabi Muhammad SAW semasa sedang bersembunyi dalam gua..cicak punya angkara musuh hampir dapat mengesan Rasulullah SAW..

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon