..::eNtAh BaGAiMAnA NaNtI::..



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Suatu masa dulu zaman sekolah,,hari yang sangat ditunggu-tunggu hujung minggu..kalau tak ada extra class..kalau tak ada ko-ko..atau kalau tak ada latihan sukan..fuhh gembira sakan..lepas solat subuh..bammm sambung tidur..jiran sebelah dah bermesyuarat tingkap dua tiga kali..mata masih macam ada pemberat..”bapak ayam dengan mak ayam pun dah usung bakul pegi pasar cari makanan untuk anaknya’’..wah lawak kasar ni..hehehehe..itik pun dah balik dari jogging tu ha..lagi sentap..bila lagi nak bangunnya..kihkihkih..biasa tak dengar dialog macam ni..ke lain sikit.. J

Biasalah mak-mak kita mesti bising bila anak gadisnya mahupun teruna bangun lewat..mula la ceramah free berkumandang..high volume ko..Cuma tak pasang khemah depan rumah je,,kalau tak boleh buka gerai cendol dengar ceramah motivasi pagi..kadang-kadang ceramahnya kita rasakan seakan tidak wajar..macam jauh sangat ke depan..mana taknya umur baru 14 tahun..kejut pagi suruh buat sarapan..nanti kawin takut tak reti masak..hah kawin..malas bangun jadi rajin..amboi gatal..hehe J tapi itulah mak-mak kita..

Yang mana suatu ketika dulu kita rasa bingit..yang suatu saat dulu kita rasa menyampah nak gengar sebab ulang berkali-kali,,yang suatu masa dulu rasa macam nak sembunyi dalam reban ayam..sebenarnya ia sangat-sangat berguna sekarang..serious..memang sangat berguna..mak-mak kita mungkin tidak berpelajaran tinggi..mungkin tidak boleh speaking english..tapi dia syurga kita..tapi dia besarkan kita..tapi dia yang kenal kita..dan dia mampu jaga dan didik kita sedangkan kita ini belum tentu mampu menjaga mereka..hebatkan mak-mak kita..

Tapi perasan tak..dalam pada mak-mak kita bebel tu..semua kata-katanya cool je..tak ada maki hamun..tak ada sumpah seranah ..tak ada kata-kata kesat..perasan tak..yang itulah buat kita berubah..yang itulah buat kita menjadi kebanggannya sekarang.. J kunci utamanya adalah D O A..
Dia Obor Anak-anak..

Justeru itu andai kita kini tersilap melangkah teruskan perjalanan namun ubah haluan..haluan yang lebih lurus dan tulus ke jalan Allah..andai kita tersasar kerana waktu..teruskan maju berada dizon yang baru..agar lebih jelas mencari hala tuju..

Wassalam J
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
~cik atin~
AUTHOR
May 24, 2013 at 9:47 PM delete

kata kata yang tembak tepat dalam hati. ouch !

Reply
avatar
Kakzakie
AUTHOR
May 25, 2013 at 8:01 AM delete

Itulah ibu... ibu yg jahat pun mahu anaknya menjadi baik itulah betapa hebat insan bernama ibu. Sebagai ibu juga kena beringat setiap teguran dan marah kena berhati-hati dalam menuturkan kata kerana kalau baik akan baiklah anaknya insya-allah tapi kalau tidak jgn salahkan anak. Kerana apa yg dituturkan ibarat doa. Doa ibu tidak ada hijabnya....

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 25, 2013 at 9:50 AM delete

owh yeke.atin..cara kebetulan la tu...hehehehe..cedera parah ke hatinya tu.. :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 25, 2013 at 9:52 AM delete

betul la kak..kata-kata ibu ni mudah makbul..Allah sentiasa tunaikan cuma bila dan bagaimana itu kita tidak ketahui..tapi cash.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon