^^cili SOS tiram^^



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pagi panas terik..petang hujan lebat..pagi minum teh o panas..petang milo ais..semalam nasi kerabu..hari ni mee tomyam..eh tadi sakan makan kek batik,,sekarang roti pula..citarasa manusia boleh bertukar bila bila masa..tak kira masa..tak kira tempat..ikut selera..kadang kala lain yang di rancang..lain pula yang makbul..tak gitu..lima tahun lepas rambut hitam lebat..jumpa semalam lebatnya kekal tapi hitamnya sudah tiada la..putih mengambil tempat..redha jelah ye..adat hukum dunia..bukan suka suka Allah jadikan uban itu..pasti bersebab..hihihihi..tak gitu..jadi tak perlu mengadap cermin bersungguh sambil bersiul lagu dondang sayang cabut uban ye..jangan risau..orang nilai hati kita bukan warna rambut kita..jangan sedih J ye..

dulu hari hari pakai baju kurung..sekarang hari hari pakai puplum..boleh..asalkan tutup aurat..asalkan jaga batasan agama..gitu..faham tak ni..kuikuikui..mata juling sambil pintal hujung bantal busuk..oh my bantal busuk.. J..sebelum ni suka masakan utara.,selatan dan timur..tiba tiba ubah masak makanan barat..ha..terror gitu kiah ooii..sekali sekala..ubah selera..bebas belacan.tanpa cili..jauh sekali tempe..walaupun masa makan mata hitam hilang tinggal mata putih saja..tak apa..asalkan masakan itu halal..boleh cuba..hidung kembang kembang sikit..

tidak kira apa pun perubahan yang kita lakukan..untuk kebaikkan diri sendiri atau untuk kebaikkan semua orang sekeliling kita..namun tiadak semua perkara dan benda boleh kita ubah sewenang wenangnya..andai lagu kegemaran boleh berubah,makanan kegemaran boleh bertukar,fesyen dan makeup boleh bertukar ganti..namun JANGAN sesekali cuba cuba untuk aplikasikannya terhadap IMAN dan ISLAM yang kita miliki..biar guruh berdentum..biar banjir melanda..biar hidup sengsara..IMAN dan ISLM itu kita sama sama pelihara..untuk kita..untuk keturunan kita dan untuk kita menempah tiket jannah Allah di sana.. :)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Kakzakie
AUTHOR
March 11, 2013 at 11:30 AM delete

Harapnya begitulah tak tukar selera apa pun sukahati tapi iman dan amal jgn cuba tukar - menajdi lebih baik itu impian semua tapi bila terasa kian merosot segera muhasabah diri utk terus istiqamah. Dunia ini pentas sementara aje - sama-sama kita beringat..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
March 11, 2013 at 7:09 PM delete

amin Ya Rab..betul la kak..malaikat maut semakin menghampiri kita kan..betapa kita gembira menyambut hari kelahiran dan betapa juga malaikat maut semakin menghampiri kita..moga kita sentiasa berbuat baik dan segera bertaubat..

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon