BeRI..daRIpaDa peMBerIAn…


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima..kalau boleh,,tangan kanan yang memberi,,tangan kiri jangan sampai tahu..betapa memerlukan ketulusan dan kemurnian hati dalam kita memberi sesuatu pemberian kepada orang lain..tidak kiralah ianya berupa hadiah..mahu pun sedekah..biarlah antara kita,,si penerima dan Allah sahaja yang mengetahuinya..itu sudah cukup..sudah memadai dan telah sempurna..

hati kita ini terlalu rapuh,,terlalu lembut..terlalu baik dan terlalu mudah simpati..baikkan hati kita..baikkan..alhamdulillah.. Kitakan memang baik-baik semuanya..baik yang bertempat..bukan bangga diri atau masuk bakul angkat sendiri ok..tapi apa yang kita ucap itu adalah doa..ucap yang baik-baik walau pada diri sendiri..kan doa tu..lalalala..hati kena ikhlas walau bercakap seakan berjenaka..ingat malaikat sentiasa take note je tu..nak ke dapat buku dari tangan sebelah kiri..nauzubillah,,dijauhkan..

insyaAllah kita akan dapat buku daripada tangan kanan tapi hati kena cantik woo..H A T I..kalau bersih hati kita,,maka indahlah perjalanannya tapi kalau rosak hati kita maka musnah la segalanya..kadang-kadang kita nak memberi bantuan,nak tolong orang,nak hadiahkan sesuatu,,tapi apa yang kita ada sekadar biasa-biasa saja,semuanya cukup untuk keperluan peribadi sahaja,tidak beri rasa tidak tenang jiwa,tidak membantu tidak senang duduk,,semua serba tidak kena,,hati kitakan baik,,rasa ingin membantu itu subur dalam jiwa..nak beri sedikit malu pun ada..nak beri banyak kita tidak punya..

sedikit atau banyak itu bukan ukurannya,,bukan alasannya dan bukan syaratnya,,yang utama keikhlasan untuk kita memberi..mungkin hari ini kita beri sedikit kerana yang kita ada pun cuma sedikit,,siapa tahu satu masa nanti berkat kita memberi itu menambah dan meluaskan lagi pintu rezeki kita..maka boleh la kita memberi lebih sedikit..rezeki itukan milik Allah..DIA berhak memberi kepada sesiapa sahaja bukan??..kalau kita ni suka memberi..insyaAllah nanti orang lain pun akan suka memberi kepada kita..bukan harapkan balasan ye..

ingat tak..buat baik mesti dibalas baik..walaupun setiap apa yang kita beri atau sumbangkan tidak minta dibalas..tapi itulah hakikatnya..satu masa nanti akan ada orang yang akan juga suka untuk memberi kepada kita..pemberian orang,,mestilah kita sayang..betul tak?kita simpan,kita jaga,,pemberian itu telah menjadi hak kita..tiba-tiba barang yang kita sayang tulah ada orang berkenan la pulak..**berada di persimpangan dilema nih ^_~ ** nak bagi ke tak nak,,

kalau kita beri sesuatu barang yang kita sayangi kepada orang lain,,masyaAllah,,ganjaran pahalanya begitu besar sekali,,tapi kalau tiba-tiba ada orang datang nak minta suami,,atau isteri,,atau tunang kita..rasa-rasanya apa orang tu akan terima daripada kita eh..gawat ni..mula-mula kita nangis sampai bengkak mata..langkah seterusnya atas diri masing-masing..wah statment suam susu kambing nih..nauzubillah..ok sambung semula>>namun hati pemberi harus kita jaga..kalau sentap(berkecil hati) kita pula berdosa..atau mungkin cara yang agak terbaik adalah dengan membeli barangan yang serupa atau hampir sama kemudian berikan saja kepada  yang meminta tersebut..hehehe..

kalau harganya mahal macam mana??ukur baju dibadan sendiri la..kuikuikui..penerima seharusnya berlapang dada..setiap pemberian kita adalah daripada pemberian pihak lain….betul tak?kalaupun bukan daripada orang lain,,semestinya setiap apa yang kita ada dan miliki adalah pemberian Allah..jadi timbang-timbangkan bersama..milik kita..hak Allah..Allah berhak memiliki semula apa yang kita miliki tanpa perlu meminta izin..

Wassalam..
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon