[[ wAsaTIyYah ]]


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Apa khabar semua..bagaimana situasi hari ini?gembira J..suram dan sedih L atau biasa-biasa sahaja..ala ala suam kuku la ye..

walau bagaimana pun situasinya tindakan yang di ambil haruslah bijak dan matang bagi mengelakkan timbul sebarang kesulitan dan masalah lain..tidak susah untuk menjernihkan keadaan yang keruh tetapi lebih mudah mencetukan kekalutan juga menimbulkan masalah kerana setiap perbuatan yang menuju kepada perpecahan akan mendapat sokongan daripada syaitan dan iblis laknatullah yang sentiasa menghasut anak-anak keturunan Nabi Allah Adam ini..setuju tak?

..iblis juga sememangnya telah bersumpah akan menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW hingga hari kiamat..kalau bagi GPS sekalipun memang iblis suka kepada kesesatan..sangat tidak sopan..sifat iblis yang tidak pernah berputus asa ini sewajarnya kita sedari masakan tidak Nabi Adam sendiri tewas kerana termakan hasutan iblis ini..akibatnya Nabi Adam tercampak ke bumi..

kemewahan hingga si pemilik kemewahan itu lupa akan tanggungjawab bersedekah dan mengeluarkan zakat..kecantikan hingga tuan punya diri bermegah-megah dengan kecantikan yang dimiliki,kepintaran hingga seseorang itu sentiasa memandang rendah pada orang lain..seorang wanita gemar memakai kasut tumit tinggi 3 inci you,,sampai mencederakan kaki sendiri..sifat dan sikap seperti ini yang sangat disukai oleh iblis dan sememangnya dia yang membisikkah agar kita selalu dan terus lalai serta hanyut dalam berlebih-lebihan melakukan sesuatu....

tapi bagi yang suka bersedekah dengan harta yang di miliki,,sentiasa merendah diri dan menganggap kecantikan itu pinjaman sementara..ha..ini la yang menghancurkan niat jahat iblis tersebut.. Iblis berasa hebat lantaran dijadikan daripada api..dan kita hanya dari tanah..sebenarnya kita manusia ada senjata tersendiri untuk menewaskan hasutannya..kita ada Al-Quran pendinding diri..bukan beli mahal-mahal sekadar hiasa saja..tapi bacalah walau hanya sebaris ayat..kita ada tempat di syurga tapi iblis di neraka selamanya..

dan salah satu penawar kepada kuasa iblis ini adalah mujahaddah dalam kita WASATIYYAH..bersederhana dan kesederhanaan dalam segala perkara,perbuatan,percakapan,pemikiran,tingkah laku,pemakanan,perasaan dan segalanya dapat melumpukan hasutan yang menghancurkan itu..bersederhana dan mengaplikasikan kesederhanaan dalam kehidupan itu bukan bermakna kita berserah sahaja kepada nasib,,redha sahaja pada yang telah ditetapkan..

kalau hidup kita susah,,tiada makanan mencukupi,andai kita tidak pandai dalam pelajaran kita diam saja,kalau hari ini kita bekerja dapat gaji sedikit dan tidak dapat menampung keperluan keluarga kita redha..bukan begitu konsep kesederhanaan..tidak begitu makna redha dalam agama kita..kita disuruh berusaha untuk perbaiki taraf hidup,,mungkin bekerja lebih masa..andai kita tidak pandai dalam pelajaran ,kita boleh bertanya dengan guru atau rakan sekelas yang lebih bijak daripada kita,,andai kita berada dalam situasi kemiskinan atau kurang berkemampuan,kita boleh mohon bantuan atau membuat pelbagai kerja dalam satu-satu masa..

ini bermakna kita berusaha,berdoa dan bertawakkal untuk memperbaiki taraf hidup dalam menuju kesederhanaankesederhanaan ini akan tercapai apabila setiap usaha itu tidak menimbulkan sifat riak,ujub dan takbur dalam diri kita..tiada pembaziran sebaliknya berhemah dalam melakukan sesuatu perkara..Islam tidak pernah melarang untuk kita berusaha,,tapi Islam mencegah kita daripada melakukan kemungkaran..Islam itu sendiri adalah kesederhanaan..

wassalam
Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon