Tidak Itu Bukan Ukuran


TIDAK ITU BUKAN UKURAN. semua Ø§Ù„سلام عليكم. salam ceria juga salam ukhwah..
Semoga berbahagia sentiasa ye..kalau rasa tak bahagia,,usahalah cari kebahagiaan itu kerana ia tidak akan datang bergolek macam bola boling..tak datang melayang macam bumereng..hehehe *_”..untuk memperolehi sesuatu itu kita perlu berusaha keras..adakalanya perlu mengorbankan sesuatu untuk kita memperolehi sesuatu yang lain..

contohnya,,kalau kita nak lulus dengan cemerlang dalam ujian atau peperiksaan,,korbankanlah dulu aktiviti bermain,kurangkan tengok rancangan televisyen yang kita minat..ha macam tulah lebih kurang..bukannya kita gadaikan maruah kerana nak buktikan cinta kasih sayang pada boyfriend..itu pun korban juga tapi tak kena cara dan tempatnya..akhirnya bala datang menimpa..betul tak?kalau setuju..thumb up..hehehe..thank you.. 

salah satu petua awet muda..bersihkan hati ,bersihkan minda..peribadi mulia..lagi satu kita kena sentiasa kena berfikiran positif dan bersangka baik tau..sebagai contoh yang paling mudah dah sering berlaku di kalangan kita dan keluarga kita..kita tinggal di kampung..manakala pakcik-pakcik kita tinggal jauh seperti di Bosnia,India,Jepun,Singapura bagi yang tinggal di luar negara la..tapi bagi yang tinggal di dalam negara seperti di Johor,Pahang,Kedah dan Sabah juga Sarawak..mereka ni sekali sekala akan pulang ke kampung halaman..masakan tidak,tempat jatuh lagikan dikenang,,inikan pula tempat bermain..

dalam keterbatasan waktu tidak semua tempat dan rumah dapat dikunjungi dan tidak semua ahli keluarga mampu diziarahi..kiriman salam saja sebagai tanda masih meningati..bukan benci mahupun tidak sudi bersua dan bertandang menyapa saudara sendiri..bila perkara sebegini berlaku maka pastinya ada pihak yang berkecil hati..bagai tidak dihargai..pelbagai andaian  la timbul disanubari..

yelah sapalah kita ni..rumah kecik,buruk,miskin pulak tu..wah pakej ni..^_^..lagi satu..takpelah kalau datang rumah kita pun tak de makanan sedap-sedap..alahai sedihnya..^_^..ada lagi..kita ni manalah setaraf dengan dia,dia pun dah tak ingat kita lagi..aduhai sayunya..^_^..pernah dengar atau pernah tak ucap kata-kata di atas..

hakikatnya ini yang sering berlaku..sesuatu yang berlaku adakalanya bukan silap sesiapa..dan adakalanya pula memang berpunca dripada kesilapan diri sendiri sama ada kita yang melakukan kesilapan ataupun saudara mara kita juga telah melakukan kesilapan..hanya diri masing-masing yang tahu..namun pada rutinnya,perkara seperti ini berlaku disebabkan kekangan waktu dan sikap individu itu sendiri..bukan besar atau kecilnya rumah,bukan cantik atau hodohnya hiasan,bukan sedap atau tidak masakan tapi faktor-faktor lain juga pengaruhi situasi begini..walaupun kita sedia maklum alasan mereka,walaupun kita tahu kenyataannya..tetapi didik lah diri agar sentiasa berfikiran positif..

sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui..kita dan mereka tidak mampu untuk menyembunyikan walau sekecil zarah pun rahsia hati..jangan berkecil hati andai saudara mara yang pulang ke kampung tidak menziarahi kita..andai kita punya waktu ziarahi la mereka kerana di sinilah bezanya kita dan mereka..adakala ingin mendidik kita tidak perlu bersuara..cukup sekadar mununjukkan rasa ikhlas dan hormat yang tulus dan ikhlas..balasan baik daripada Allah itu yang kita harap-harapkan ..

wassalam

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Itu Bukan Ukuran
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama