``cOpY,,PaSTe``


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Assalammualaikum semua,,sahabat-sahabat terrrrrsayanggggg..terima kasih kerana sudi membaca coretan coretan saya..tanpa kalian ke mana coretan coretan ini hendak tujukan..syukran..ahlan wahsahlan..yang baik ambil,,yang tidak baik elakkan..

dialog ni kita selalu dengar…``ala comelnya anak kamu ni..sebiji muka ayahnya``..kacak..hehehe..hidung kembang kuncup control macho..``eh,,cerdik budak ni bila besar nanti,,mewarisi perangai ibunya..suka baca buku..sopan saja budaknya``..senyum simpul ibunya ye..kembang setaman,,hati berbunga-bunga..``amboi rambut bukan main bergulung-gulung..genetik atok la tu``..atok bila dengar  senyum meleret..terus ajak cucu pergi kedai beli aiskrim..``Ya Allah anak siapa la tu,,berkawan dengan sapa la budak tu..``..

kata-kata macam ni acap kali kita dengar,,seringkali kita lalui,,ia terjadi dalam keluarga kita juga sebenarnya..dan orang di sekeliling kita tidak kurang..macm dah boleh hafal dialog-dialog ni..sama ada ia sekadar kebetulan atau sudah menjadi budaya..suratan atau kebetulan..macam tulah mungkin salah satu cara orang menilai kita..kadang-kadang,,tak perlu tanya pun orang dah boleh agak siapa kita..betul tak?asal mereka kenal ibu bapa atau ahli keluarga kita..insyaAllah mereka boleh cam kita..itulah hebatnya ciptaan Allah.. 

Walaupun orang sekali sekala sahaja jumpa kita..kuatnya power genetik ibu bapa kita,,mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,,like father son..like mother like daughter..bersyukulah kerana mereka melahirkan kita,,oleh itu kita kena sentiasa menjaga akhlak,kerana setiap langkah kita bukan sahaja mencerminkan diri kita sendiri tetapi juga membawa maruah keluarga..

kejamnya kita kerana memalukan ibu ayah,berdosanya kita khianati amanah Islam dan iman kurniaan Allah,,zalimnya kita andai lebih suka memilih rakan dan sahabat yang lebih menyayangi dan mencintai dunia berbanding merindui akhirat..jiwa kita ini tidak seteguh mana..terlalu mudah di robek dengan dusta dunia,,terlalu mudah cair hasutan manusia..iman..iman..dan iman menjadi bentengnya..

sejauh mana kita berlari,,sepantas mana kita melangkah,,setinggi mana pun kita terbang..kita adalah khalifah Allah di mana tergalas satu tanggungjawab besar sebagai seorang muslim yang menjadi idola pada diri sendiri dan keluarga serta duta pada masyarakat luar..sentiasalah berusaha menjadi duta idola yang  tawadhuk dan sentiasa bermujahadah dalam segala segi tindakan ..jauh atau dekatnya destinasi kita adalah bermula dengan langkah yang pertama,,bila silap arah tujunya maka binasalah ia,,andai lurus hatinya maka tegaklah jejaknya..

Wassalam..
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Cik Arina
AUTHOR
December 31, 2012 at 12:24 PM delete

haha seronok baca , nak tergelak pun ada =D lagi2 sedara mara suka puji=) erm betul tu kita ni sama je xde bezanya =D

Reply
avatar
~cik atin~
AUTHOR
January 1, 2013 at 2:10 PM delete

setiap kali solat kita akan bae doa ni : "tunjukkan jalan yang lurus "

jika hidup berpaksi pada Allah. insyaAllah jalannya akan lurus :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 2, 2013 at 8:10 PM delete

terima ksh adik,,sudi bc eh..ha kan bila tergelak makin awet muda tu..berseri-seri muka tu ha..semoga ceria selalu ye..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
January 2, 2013 at 8:14 PM delete

semoga Allah sentiasa pelihara iman dan hati kita agar tidak tergelincir daripada landasan..

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon