~~<>WaLAu seTitIK <>~~


Assalammualaikum, *_* smile..

semoga hidup lebih diberkati dan kita manfaatkan segala anugerah dan amanah Allah ke jalan kebaikkan ..membahagiakan dan menggembirakan orang lain  satu asas persekitaran harmoni (: .. Seronok  rasanya dapat balik ke kampung melihat wajah-wajah insan tersayang..redup dan sejuk mata memandang,,dan..ketara garis-garis halus di wajah,,semakin bertambah uban di kepala,,,,tapi tetap ayu dan kacak di mata kami anak-anak..keayuan dan kekacakkan itu kami warisi..alamak perasan la pulak..hehehe..mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi..boleh gitu?,,

satu ketika nanti jika umur panjang,,kita juga akan berada di tempat mereka..hakikat yang tidak boleh dinafikan..perubahan fizikal tidak sikit pun melunturkan kasih sayang kami sebagai anak..mereka melahirkan kita,,menjaga,mendidik kita sebaiknya..dan kita sebagai anak belum tentu mampu menjaga dan memberi seperti mana mereka memberi kepada kita..aduhh sebaknya..bergenang air mata dikelopak mata ini..

Ya Allah jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..salah satu perkara yang bila di pandang dapat pahala adalah memandang wajah kedua ibu bapa kita selain melihat masjid,tempat menuntut ilmu dan lainnya..menginjak usia dewasa ditambah tanggungjawab kepada suami,,kadang kala kita terleka..tapi jangan risau..hari-hari doakan semoga mereka sejahtera..amin..

kita harus bersyukur kerana Allah kurniakan ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab..sangat bertuahkan..kan..angguk la sikit..hehehehe..berapa ramai anak yang dilahirkan oleh seorang wanita(ibu) tapi tak berpeluang melihat wajah insan yang melahirkan mereka??terlalu ramai dan banyak..sangat sedih..sedih..ooOO..jadi kita yang bertuah ini kena la hargai ibu bapa kita..

buat mereka gembira,tersenyum dan ketawa..redha Allah kepada kita seorang anak ini adalah apabila kedua ibu dan bapanya meredhainya..jangan sesekali buat ibu bapa kita menangis kerana kecewa,,kerana kita merana menanggung dosanya nanti..betapa bernilainya setitis air mata mereka..setitis itu sama ada redha atau mungkin murka..andai air mata yang menitis itu kerana redha,bahagialah anak-anak semua..dan jika murka hingga menitiskan air mata..tidak perlu hairanlah jika kita melihat ada segelintir anak-anak yang hidupnya sempurna tapi tidak bahagia,,kaya tapi papa,,biarlah mereka menangis kerana terlalu gembira..itulah hasil didikan mereka menjadikan kita ini insan soleh dan solehah..

doa ibu bapa itu sangat mustajab..terutama ibu..bila ibu menadah tangan berdoa maka langit akan terbuka luas seluas-luasnya tanpa hijab..jangan sesekali cuba menjadi tanggang moden..nilai susu ibu yang kita teguk itu takkan mampu kita bayar dan nilaikan dengan wang ringgit walaupun berbukit,bergunung ganang dan selautan harta yang kita miliki..kita ni selalu sangat buat ibu bapa kita menangis kecewa..bukan menangis gembira..perasan tak??walaupun mereka tak pernah bagitau kita pun yang kita ni dah kecewakan mereka..subhanallah..ibu bapa jaga hati anak-anak..tapi anak-anak jaga tak hati ibu bapa kita..Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa kami.. ^?^..janganlah jadikan kami salah satu bahan bakaran api nerakaMU..

wassalam
Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon