teRUS bertAtih,,waLau pUn LetIH


Bismillahirahmanirrahim..
@ssalammualaikum ^_* semua..

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah(UPSR)yang baru saja di umumkan..alhamdulillah..ibu bapa dan guru pastinya turut sama berkongsi kegembiraan..musim peperiksaan sudah berlalu..sekarang tiba pula gelombang pengumuman keputusan..

upsr kemudian pmr seterusnya spm dan stpm..insyaallah jika usaha telah dilakukan balasannya juga pasti menggembirakan..andai ia tidak seperti yang diharapkan bersabarlah kerana Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kalian..dengan syarat sentiasa dan teruskan usaha..

niatkan segala apa yang kita lakukan adalah kerana  Allah..menuntut ilmu kerana Allah..ilmu itu milik Allah..hanya DIA berhak untuk memberikan kepada sesiapa saja yang dikehendaki..tugas kita hanya usaha..usaha nenuntut ilmu tanpa rasa jemu dan putus asa..tiada seorang pun yang mahukan kegagalan..tiada siapa pun yang nakkan kebinasaan..kalau boleh semua orang nak sentiasa berjaya dalam setiap apa jua yang di lakukan..

ada hikmahnya kenapa adanya kegagalan dan kekecewaan diantara kejayaan..Allah mahu mendidik jiwa kita agar sentiasa bersyukur dan istiqamah dalam mencari redhaNYA..supaya manusia sentiasa beringat bahawa segalanya bukan milik kita..yang utama Allah tidak mahu hambaNYa menjadi insan yang angkuh dah bongkak dengan kepandaian dan kejayaan yang diperolehi tanpa kegagalan dan ujianNYA..

kejayaan dan kegagalan juga satu pinjaman daripada Allah..selain ia juga satu ujian..jangan tewas pada kejayaan mahupun kegagalan..kegagalan bukan penamat sebuah kehidupan kerana sebuah kejayaan itu boleh terbina berlandaskan detik kegagalan..kejayaan juga tidak mampu menangkis kegagalan andai kejayaan itu tidak dipelihara sebaik-baiknya..

tidak kiralah kejayaan mahupun kegagalan yang berada bersama kita..teruskan menuntut ilmu..tiada batasan waktu,usia mahupun keadaan yang menghalang kita untuk terus menuntut ilmu tidak kira secara formal atau sebaliknya..mengikuti kelas jahitan juga menuntut ilmu,,mengambil kursus masakan juga menuntut ilmu..istilah menuntut ilmu ini terlalu luas..asalkn ilmu yang kita cari dan tuntut itu ilmu yang baik dan berguna Allah pasti meredhainya..tapi kelas gosip bukan cabang menuntut ilmu ye..ingat tu..eh ada ke kelas gosip..hehehehe..hati-hati ada mata yang memerhati bak kata kiah propa.. *_+

tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..tuntutlah ilmu samapai ke negara cina..biasa kita dengar bukan?jadi tiada apa yang dapat melunturkan semangat kita andai niat yang tulus sudah disemai..bermohon kepada Allah agar kita sentiasa rasa suka dan cinta kepada ilmu yang membawa manfaat bukan saja pada diri kita tapi pada orang lain juga..amin..adik-adik..jangan lupa berdoa agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..selain sentiasa berdoa agar mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..

Wassalam ^_^
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama