~@~ maCam kEnA gIGit sEmuT jE ~@~


Assalammualaikum,,yuhuu..mood ceria dan gembira selalu..kata orang kalau selalu tersenyum,awet muda..alhamdulillah..selain sedekah yang paling mudah.. ^_*  tapi kalau nak senyum pun biarlah kena dengan tempatnya..betul tak?..

lebih kurang seminggu lebih saja lagi sesi persekolahan dalam tahun ni..lepas tu cuti panjang..suka la tu..kecuali yang exam la..selain majlis kerja kahwin..biasanya lagi satu majlis yang kebiasaannya dilaksanakan pada musim cuti sekolah panjang adalah majlis berkhatan..

agenda ibu bapa yang digeruni oleh anak-anak lelaki yang sudah selayaknya dikhatankan..biasanya pendaftaran telah dibuat lebih awal...kecut perut..huhuhuhu…(anak-anak perempuan juga dikhatankan semasa bayi lagi oleh mak bidan)…

biasanya ibu bapa akan membuat sedikit majlis doa selamat ataupun tahlil menjemput orang kampung dan sanak saudara selain majlis khatam  Al Quran oleh anak yang akan dikhatankan..mereka dirai bagaikan raja,,fuyoo..berarak dan di arak dengan kompang..di junjung dan sesetengahnya disuruh berendam dalam sungai beramai-ramai bagi yang berkhatan dalam kumpulan..wah seronok sakan ye..hehehehe..

tak macho la kalau lelaki takut nak berkhatankan..``ala sakit sikit je macam kena gigit semut``..inilah kata-kata perangsang acap kali kita dengar bila ibu bapa meredakan ketakutan yang bersarang di hati anak-anak mereka..tapi tak semua berjiwa besar dan berani..ada juga yang takut dan menangis sakan..guling-guling macam filem hindustan..sembunyi bawah katil menggigil-gigil..demam ketakutan pun ada pakej dengan ngigau terbawa dalam mimpi..ni tahap takut yang melampau..nasib tak kancing gigi..aduhai..kesiannyakan..

bagi menangani masalah seperti ini ibu bapa harus bijak memujuk anak dengan cara psikologi..jangan dimarah atau dipaksa kerana anak-anak akan lebih takut..sanak saudara yang lebih dewasa dan telah melalui detik tersebut juga boleh memberi kata-kata semangat bukan mengambil kesempatan menakut-nakutkan merekamereka cerita seram la konon..hishhh,,, 

Kalau dulu berkhatan menggunakan kaedah tradisional dengan khidmat tok mudim,,tapi sekarang semuanya lebih ke arah kaedah moden kerana kebersihan serta keselamatan yang lebih baik juga rasa sakit yang berada pada tahap minimum..luka juga cepat sembuh dan pulih..ada yang memilih klinik swasta tak kurang juga di hospital kerajaan saja..terpulanglah mengikut keselesaan masing-masing..

dalam Islam sendiri amat menggalakan sama ada anak lelaki mahu pun anak perempuan dikhatankan kerana ia merupakan medium  penyucian(kebersihan) diri untuk menaikkan martabat dan kemuliaan mematuhi saranan agama..bila sudah berkhatan,,anak-anak lelaki ini bolehlah berada disaf hadapan bersama jemaah dewasa yang lain..jika sebelum ini mereka tidak berpeluang berada sebaris dengan saf jemaah dewasa..

menahan sakit yang sedikit tetapi mengecapi nikmat yang besar dan banyak..lepas ni kalau duduk sebelah pak dollah yang terlena dengar khutbah jumaat boleh la tolong kejutkan..cucuk sikit pinggang pak dollah tu..hehehe..jaga-jaga pak dollah.. *_* fobia pak dollah nak lena dalam masjid ..

wassalam
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
kembara hati
AUTHOR
November 1, 2012 at 11:35 PM delete

Assalamualaikum..
budak2 takut sebab dengar cite yg bukan2 padahal lepas je jumpa doktor n berkhatan x de la seteruk sprt digmbarkan,hehe..apa2pn berkhatan ni mmg banyak kebaikkannye..

Reply
avatar
Azie
AUTHOR
November 2, 2012 at 9:24 AM delete

hujung2 tahun gini , cuti sekolah musim berkhatan la kan .. selamat berkhatan adik2 .. ^_^

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 2, 2012 at 11:00 AM delete

waalaikummussalam..betul..ada sesetengah Dr siap bagi hadiah lg sbg sokongan moral..

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
November 2, 2012 at 11:01 AM delete

selamat berpantang juga.. *_*

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon