LaNgIt seDIh,,aWan menaNGIs..


Assalammualaikum,,ahlan wa sahlan..:) smile..alhamdulillah suasana pagi yang cerah dan damai lagi permai..permulaan hari yang ceria..boleh la para isteri dan ibu menjemur kain diampaian dengan senang hati..ligatlah cik eton merempit pergi ke pasar beli sayuran dan bahan untuk memasak,,pak mat pulak dengan lagaknya parang di pinggang seperti pendekar meluru ke kebun nak menebas rumput katanya..

nikmat Allah beri tanda kasih dan sayangNYA kepada kita..dan kalau Allah turunkan hujan bukan bermakna Allah tak sayang atau cintakan kita tapi Allah sentiasa adil kepada sesiapa saja..bila hujan tumbuhan  pula mendapat manfaatnya..cik senah pun bolehlah penuhkan air di tempayan,,air di empangan akan bertambah,,pokok padi akan membesar elok..insyaAllah..

nasib petani akan terbela..betul tak..segala hadiah daripada Allah ini wajib kita jaga dan pelihara sebaiknya..bumi kita ini semakin dimamah usia..terlalu banyak kezaliman yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia..tanpa rasa belas,tarah bukit tidak berdosa sesukanya,menebang pokok semahunya,membuang sampah merata-rata..jika ini berterusan apa yang tinggal untuk khalifah masa hadapan,,

sudah matikah hati yang ada..nauzubillah..jangan menangis kalau ada yang terkorban dalam banjir yang melanda kerana kita sendiri yang punya angkara..jika ini berterusan,,bumi terseksa,, penghuninya merana,,bukan kita saja terasa bahkan,,langit juga sedih lalu awan pun menangis..kerana ia saling bertaut.. :)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
RuMaH TuA
AUTHOR
October 29, 2012 at 11:31 AM delete

Tersenyum membaca.
Cik senah.
Cik eton.
Pak Mat.

Sama mensyukuri nikmatNya.

Moga Allah kasih dirimu.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
October 29, 2012 at 12:21 PM delete

syukran kerana sudi membaca entry saya..berkongsi pala kerana tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon