..inGat-INgaTlaH kami,,SeNTiaSa menanti..


sekadar pedoman

Assalammualaikum sahabat semua.,,(=,+).. muda sebelum tua,,sihat sebelum sakit,,lapang sebelum sempit,,kaya sebelum miskin,, dan hidup sebelum mati,,sering kali kita dengar frasa-frasa ini..sebagai panduan dan ingatan..sangat bersyukur kerana antara berjuta kita yang dihidupkan bermula daripada alam rahim,lahir,remaja,dewasa muda,sihat,bebas untuk bergerak,ada kebebasan untuk berbelanja serta mampu bernafas menjadi insan berjaya dan berguna..insyaAllah..masa terus berlalu..detik demi detik..tanpa sedari kita telahpun tua,,badan pula tak segagah dulu,,sering sakit-sakit ada masanya memerlukan kos rawatan yang tinggi,,terasa beban,,kerana simpanan kewangan semakin sedikit..mungkinkah ia petanda ajal bakal kunjung tiba..ketika itu tidak sedetik pun terlewat juga tidak sesaat pun tercepat..

mati itu pasti..bagi yang sentiasa beramal soleh,,malaikat Jibrail akan membuka sayap kanannya(bayangan syurga)..jika sebaliknya..sayap kirinya yang amat ditakuti kerana bayangan azab dan seksaan api neraka..nauzubillah..

Setiap yang hidup pasti akan mati..kembali kepada MAHA PENCIPTA(ALLAH),,anak,isteri,ibu bapa,saudara mara,adik-beradik,rakan taulan,sahabat handai,segala kemewahan,kekayaan,,sudah tidak berguna dan bermakna lagi..selamat tinggal semua..cukup sampai di sini saja..semua insan tersayang,,sayu dan pilu,,tersedu sedan,,meratapi pemergian insan tercinta..siapa yang tidak sedih..walaupun air mata tidak menitis bagai empangan pecah,,tapi pilu hati siapa yang tahu..inilah perasaan insan-insan yang ditinggalkan untuk meneruskan hidup..

Bacaan talkin yang kedengaran sayu,,taburan bunga-bungaan dan air mawar  yang harum mewangi pengakhirannya..semuanya pulang ke rumah,,dengan air mata yang masih bersisa,rasa rindu yang kian menyapa,,namun jenazah di dalam kubur menunggu kedatangan malaikat yang akan bertnya dan menjalankan tugasnya..dengan pakaian tidak berwarna,,tiada hiasan,,putih dan bersih semata-mata..ketika ini hanya amalan semata-mata yang di bawa sebagai mulut untuk berbicara menjawab segala pertanyaan..

Bila seseorang itu telah mati,,berguna lagi ke segala yang telah di tinggalkan di dunia???siapa kata kita terputus hubungan dengan mereka?amalan soleh dan kain kafan saja yang dibawa bersama bersemadi namun anak-anak yang soleh yang di tinggalkan sentiasa membantu mereka..walau tidak lagi bersua bertentangan mata,,tetapi segala kebaikkan yang anak-soleh ini lakukan ganjaran pahalanya akan diterima mereka..anak-anak yang soleh tidak sesekali lupa pada ibu bapa yang telah tiada..didiklah anak-anak menjadi anak-anak yang soleh kerana  mereka akan sentiasa membahagiakan ibu bapanya bukan saja di dunia malah hingga ibu bapanya sudah tiada...ibu bapa yang telah tiada sentiasa menanti-nantikan amalan soleh dan kiriman pahala daripada anak-anak soleh mereka..pahala yang dikirimi umpama cahaya,,

Wassalam..semoga bertemu lagi..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama