***bUKaN tEKa siLaNG kaTA~~~~


Ikan emas warnanya cantik,
menjadi teman seorang puteri,
jangan suka hanya pada yang cantik,
mencari alasan bertukar ganti.

anak sultan makan bersila,
sambil menyuap tertunduk malu,
hidup ini bukan hanya bersuka ria,
kelak diri sendiri mendapat malu. 

tiba-tiba berpantun pulak (0_+)..tiada siapa pun yang sempurna di dunia ni..melainkan Allah yang ESA..ketidaksempurnaan itu bukan satu alasan untuk kita sewenang-wenangnya bertukar pasangan sama ada yang telah mendirikan rumahtangga atau sebaliknya,yang seakan seperti menjadi satu trend..berhubung situasi bagi pasangan bercinta tak kiralah usia,pangkat dan paras rupa..kita dan mereka tidak sempurna..kalau kita mencari kesemurnaan itu pada pasangan memang tak ada sebab dia pun macam kita..takkan kita nak bercinta dengan makhluk asing pulakan..hehehe,,

lazimnya kita lihat terlalu mudah untuk seseorang itu bertukar-tukar pasangan dengan alasan tiada keserasian,,keserasian harus di cipta dan diusahakan bukan tersedia ada..sebab itu Allah jadikan pasangan lelaki dan perempuan untuk saling melengkapi..sebelum membuat sebarang keputusan,,usaha terlebih dulu menuju ke arah kebahagiaan..dan jika tiada juga jalan penyelesaian barulah boleh dianggap tiada jodoh..

apa yang paling utama setiap daripada kita harus menjaga hubungan dengan Allah barulah DIA akan menjaga hubungan kita sesama insan..tidak salah untuk berkawan dan mengenali asalkan mengikut batasan agama,,jangan sampai menyakiti hatinya juga keluarganya,hidup ini terlalu singkat..ruang dan peluang yang ada bukan milik kita saja..

bukan seperti meneka dan mengisi teka silang kata..isi,tukar dan biarkan begitu sahaja..ingin mula daripada petak mana ikut suka kita..tak boleh la macam tu..bila seseorang itu mula untuk membina hubungan maka dia juga telah mencipta harapan..

Wassalam
Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon