<<*>> 3 “i’’ <<*>>


Assalammualaikum,,(: harap-harap semuanya sihat la ye..boleh berjalan-jalan,menyanyi,berlari..bukan lari dari rumah ye
nanti sedih pulak ahli keluarga,,mak timah pulak sibuk mengurut maklumlah bidan glamour,,pewit..pak awi giat bertukang
nak capai target ke siapkan rumah dalam masa 1 bulan setengah?wah terror tu.. jangan sakit pinggang sudah..

Mak ngah limah giat tu menjahit nak siapkan tempahan,,maklumlah tak lama lagi cuti sekolah,,banyak undangan
majlis kahwin,,tu yang ramai orang buat tempahan,,setiap 1 majlis 1 baju,kalau ada 5 majlis 5 helai la jawabnya tu ye..fuyoo

Heheheh..tidak salah jika berkemampun tetapi besederhana itu lebih baik..baik-baik mak ngah limah jangan sampai terjahit jari..adik-adik pun yang ada sudah selesai menduduki peperiksaan,dan ada pulak yang sedang bersiap bersedia untuk menduduki peperiksaan,,bila musim peperiksaan ni terkenang zaman di bangku sekolah sekitar tahun 90an..alahai dah tua rupanya diri ni..hehehe..memang pun..nasib sedar diri..good..(^,*)macam tu la..

time nak periksa ni la sibuk dok menghafal itu ini..terutama sekolah agama(sekolah petang di  Johor) ,,fokus utama subjek wajib lulus..Tauhid
Ibadat,Al-Quran dan hafazan..wah masa ni pucat dan seram sejuk sepanjang hari peperiksaan..bilik air di sekolah wajib pergi macam memanggil-manggil pulak tandas ni..huhuhuhu..padahal semuanya yang akan keluar exam tu soalan asas berkaitan ISLAM (serah diri (tunduk patuh, mengaku kalah) kepada Allah).,IMAN(mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan
mengamalkan dengan perbuatan atau anggota).dan IHSAN(melakukan sesuatu IBADAT dengan BAIK dan TEPAT sebagaimana yang diperintahkan Allah swt)...

masa ni baru darjah satu sekolah agama..alahai kenet je masa tu..seminggu sebelum exam sesi ulangkaji dalam kelas ustaz dan ustazah akan menyoal sorang demi sorang,secara lisan,,saja la tu nak test anak muridnya belajar ke tak kat rumah...yang boleh jawab duduk,yang kecundang berdiri atas kerusi..fuhhhh selamatgagap+gigil+senyum kerang=boleh jawab..

hakikatnya “3 i”ini adalah asas yang semua orang muslimin & muslihat mesti tahu dan faham..sebab tu dari peringkat sekolah dah kelas fardhu ain lagi telah di terapakn dan dimasukkan subjek ini dalam sukatan pelajaran..yang membezakannya adalah tahap ulasan pada bab tersebut yang semakin mendalam dan luas pada peringkat pengajian atau pendidikan tertinggi..

Apabila perinsip 3 “iini ada maka insyaallah kita tidak akan mudah tergelincir daripada landasan agama..sentiasa redha,sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan sesama manusia..menuntut ilmu bukan untuk lulus peperiksaan semata-mata,menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam,dapat pahala kerana ia salah satu cabang ibadat..ilmu yang baik harus dikongsi dan disebarkan serta diamalkan..ilmu juga salah satu ujian daripada Allah..bila-bila masa sahaja DIA berhak mengambilnya semula..so jangan sombong bila sudah berjaya dan jangan kedekut berkongsi ilmu yang bermanfaat,,

wassalam 
Previous
Next Post »

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon